Sekuci (Bobbin)

Bobbin atau lebih dikenali sebagai anak sekuci oleh masyarakat Malaysia merupakan komponen penting dalam mesin jahit. Anak sekuci ini digunakan untuk membekalkan benang pada bahagian bawah jahitan. Apabila hendak menggunakan mesin jahit, anda perlulah mengisi benang pada anak sekuci mengikut warna yang sama dengan benang atas. Warna yang sama bagi benang atas dan bawah adalah bagi menghasilkan jahitan yang nampak lebih kemas.

Walaubagaimanapun, setiap mesin jahit mempunyai bentuk dan saiz anak sekuci yang tersendiri. Memang tidak dinafikan bahawa ada sesetengah mesin jahit seperti mesin jahit Singer 15NL menggunakan anak sekuci yang sama dengan mesin jahit Raleigh atau Dragonfly.

Masalah yang sering disebabkan oleh anak sekoci adalah penggunaan anak sekoci yang tidak sesuai atau menggunakan anak sekoci yang lama atau telah bengkok. Keadaan ini menyebabkan pergerakan benang menjadi tidak lancar dan boleh menjejaskan kualiti jahitan anda. Anda dinasihatkan menggunakan anak sekoci yang sama materialnya dengan ibu sekoci. Contohnya jika anak sekoci besi, anda perlu menggunakan anak sekoci besi, dan begitu juga dengan jenis plastik. Pemilihan material yang sama adalah bagi mengelakkan anak sekoci atau ibu sekoci terhakis antara satu sama lain.