BROTHER 4234D

 

Brother 4234D

Brother 4234D Overlock merupakan abang kepada Brother 3034D Overlock. Ini kerana Brother 4234D memiliki ciri-ciri yang dipertingkatkan selain mengekalkan ciri-ciri asal mesin overlock. Antara ciri-ciri tambahan tersebut adalah mempunyai ‘auto-threader’ dan lampu led putih. Berbanding dengan mesin overlock yang berada di pasaran, mesin Brother 4234D ini merupakan mesin overlock yang pertama yang mempunyai ‘auto-threader’ dan lampu led. ‘Auto-threader’ memudahkan kita untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum. Lampu led putih tidak menyakitkan mata dan amat sesuai digunakan berbanding lampu kuning yang akan panas apabila digunakan terlalu lama.

Brother 4234D boleh digunakan dengan 2 benang, 3 benang dan 4 benang mengikut kesesuaian jahitan. Selain daripada tombol ‘tension’ yang pelbagai warna, mesin ini dilengkapi dengan anak panah bernombor dan gambar bagi memudahkan anda untuk mengisi benang.

Mesin Brother 4234D ini amat sesuai untuk golongan yang baru berjinak dengan bidang jahitan, malahan amat sesuai digunakan oleh tukang jahit profesional. Dengan ciri-ciri yang ada, mesin ini juga boleh digunakan dengan tapak tambahan bagi mempelbagaikan jenis jahitan dan boleh ditambah dengan meja tambahan bagi menambah luas permukaan untuk menjahit.

 

2 Responses to “BROTHER 4234D”

  1. iela 11 October 2011 at 11:55 AM #

    berapa harga mesin brother 4234D overlock ni?

    • Fakrul 11 October 2011 at 2:05 PM #

      Terima kasih kerana bertanya. Menurut HQ Brother Malaysia, Mesin Brother 4234D Overlock ini akan dikeluarkan lebih kurang penghujung bulan November atau Disember 2011. Oleh itu, kami tidak dapat harga sebenar sehingga stock ada. Sama-sama kita nantikan.