BROTHER NV-950

Mesin jahit sulam brother NV950 merupakan mesin jahit mudah alih yang kecil dan mudah dikendalikan. Dengan ciri-ciri tambahan seperti skrin sentuh dan port USB, mesin ini menjadi pilihan surirumah, pelajar, sulaman t-shirt dan penggiat seni kraf tangan sulam. Dengan dilengkapi dwi-fungsi iaitu jahitan biasa dan sulam berkomputer, pada harga yang ditawarkan amat berpatutan.

Mesin ini juga dilengkapi dengan paparan antaramuka yang mudah dan senang dikendalikan iaitu paparan skrin sentuh. Cara memasukkan benang mesin jahit brother ini juga adalah sangat senang, hanya dengan mengikut susunan nombor sehingga selesai. Mesin ini juga dilengkapi dengan alat memasukkan benang kedalam jarum dengan sekali tekan sahaja tanpa memegang benang. Mesin ini juga dilengkapi dengan lampu LED putih pada ruang jahitan bagi menyinari dan menerangkan kawasan jahitan bagi memudahkan anda melihat hasil jahitan dengan lebih jelas.

Mesin ini berlainan dengan mesin sulam brother NV-90E kerana mesin ini boleh jahit biasa dan juga membuat sulaman. Sebanyak 129 corak jahitan abstrak dapat anda jahit selain 10 pilihan corak lubang butang yang dijahit secara automatik. Anda juga boleh memilih samada untuk menjahit menggunakan pemijak kaki atau terus menggunakan butang mula/berhenti untuk memulakan jahitan.

Untuk menjahit sulam, anda perlu memasangkan attachment yang disediakan bersama mesin ini, iaitu bahagian sulaman. Anda hanya perlu menyorong masuk bahagian sulaman ke arah mesin, memasang tapak sulam, dan menggunakan ram sulam. Saiz ram sulam untuk mesin ini ialah 100x100mm. Mesin NV-950 ini dibekalkan dengan 70 corak sulaman, 6 jenis font, dan juga sehingga 10 jenis border tersedia di dalam mesin. Selain itu, mesin ini didatangkan juga dengan CD yang memuatkan 126 corak sulaman tambahan yang boleh anda sulam menggunakan mesin ini. Dengan menanggalkan bahagian sulaman, paparan LED terus bertukar kepada paparan untuk menjahit biasa.

Selain daripada itu, mesin ini juga dilengkapi dengan slot memori card & slot USB. Oleh itu, anda dapat memperlbagaikan corak jahitan sulaman dengan memasukkan kad memori yang boleh dibeli dari Brother. Dengan upgrade slot USB daripada USB jenis ‘B’ kepada UBS jenis ‘A’, anda boleh terus cucuk pendrive anda terus ke mesin untuk mendapatkan corak sulaman dari dalam pendrive tersebut. Untuk pengetahuan anda, mesin sulam Brother NV-90E menggunakan slot USB jenis ‘B”. Anda boleh rujuk Wikipedia tentang jenis USB ini.

Mesin ini juga dilengkapi dengan kotak aksesori yang kiut dan mudah diselanggarakan. Kotak ini dilengkapi dengan tempat letak tapak mesin yang dapat memudahkan anda memilih tapak yang dikehendaki dengan cepat dan betul. Jaminan mesin ini adalah selama 1 tahun dari tarih pembelian. Harga bagi mesin jahit sulam NV-950 adalah RM3,999.00.

Berikut merupakan gambar yang saya ambil untuk rujukan semua.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 tanpa sebarang attachment.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan meja tambahan yang memang disediakan bersama mesin.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan kotak aksesori yang sangat kiut yang dimuatkan pada mesin untuk tujuan penyimpanan.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan kotak aksesori yang telah dibuka. Tapak aksesori yang banyak dan pelbagai lagi aksesori diberi percuma.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 yang telah dipasang attachment sulam.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 yang sedang beroperasi. Ram akan bergerak sendiri, dan anda hanya perju duduk goyang kaki je sambil tunggu sulaman siap.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dan projek sulaman yang telah siap. Walaubagaimanapun, sulaman angry bird ini tidak didatangkan dengan mesin. Anda memerlukan software sulaman Brother iaitu PE-Design NEXT untuk pelbagaikan sulaman anda seperti ini. Sulaman seperti ini boleh anda pelbagaikan lagi dengan idea kreatif anda. Semoga berjaya.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dan hasil jahitan yang sangat memuaskan. Sila klik pada gambar untuk gambar lebih jelas. Tag nama tu memang saya hasilkan dengan mesin jahit ini tanpa software, hanya gunakan gabungan font dan border yang disediakan didalam mesin. Saya boleh ajarkan cara membuat name tag sulam tersebut apabila mesin sulam pelbagai fungsi ni menjadi milik anda.

Anda boleh dapatkan mesin jahit ini di kedai kami. Kami juga akan ajar cara guna mesin secara percuma. Sila hubungi kami di talian 09-2963121 atau terus datang ke kedai kami di Temerloh Pahang.

Berikut merupakan spesifikasi mesin jahit sulam Brother NV-950.

Ciri – ciri

Jahitan Utiliti
Jahitan Lubang Butang Automatik
Sistem Memasuk Benang Kedalam Jarum Automatik
Kawalan Kelajuan Dengan Sentuhan

Sulaman Features

Kelajuan Sulaman (Max)
400spm
Kawasan Sulaman (Max)
100 X 100 mm
Design Sulaman Tersedia Dalam Mesin & CD
196
Jenis Tulisan Tersedia dalam Mesin
6 Jenis Tulisan dengan 3 Saiz
On Screen Editing
Ya
USB
Ya (Port)
Slot Kad Sulaman
Ya

General

Katagori
Mesin Jahit Sulaman
Jenis Bobin
Di Atas
Needle Threader
Ya (Advance)
Pemotong Benang
Ya
Lampu Jahitan
LED
Pemijak kaki (Foot controller)
Ya
Suis Mula Berhenti
Ya
Kelajuan Menjahit
650spm
Kawalan Thread Tension
Manual
Quick-set bobbin
Ya
Sistem F.A.S.T Bobbin Winding
Ya
Skrin Sentuh LCD
Ya
LCD Display Screen
Ya
Case
Hard Case
Wide Table
Meja Tambahan

Ciri-ciri Jahitan

Jumlah Jahitan
129
Cara Pilih Jahitan
Skrin Sentuh LCD
Lebar Jahitan (Max)
7mm
Kawalan Lebar Jahitan
Skrin Sentuh Digital
Kawalan Panjang Jahitan
Skrin Sentuh Digital
Jahitan Lubang Butang
Lubang Butang Automatik
Jumlah Lubang Butang
10
Drop Feed
Ya
Gigi
7 Point
My Custom Stitch
Ya

 

 

 

2 Responses to “BROTHER NV-950”

  1. mariana 11 July 2012 at 12:47 PM #

    Salam..nak tanya..mesin NV-950 ni boleh jahit biasa x(baju kurung,baju melayu,langsir,sarung bantal)..? bpleh jahit sulam sekali ker?kalau saya berminat boleh dapat harga sale lagi x?cara bayaran camna?

    • Eiziani Shafeei 16 July 2012 at 3:15 PM #

      W’salam. Mesin NV950 ini boleh berfungsi 2in1 boleh jahit biasa dan membuat sulaman jadi ianya boleh menjahit baju dan sebagainya. Sekiranya puan mengambil upah utuk menjahit langsir mesin ini tidak digalakkan. Cara bayaran adalah secara tunai sahaja. Sekiranya berminat boleh menghubungi kami di talian tetap 09-2963121 dengan kadar segera.