Set Projek DIY FELT – Mari belajar menjahit kain FELT

Kain felt amat sesuai untuk digubah dan dijadikan aksesori yang comel dan menarik. Aksesori felt ini amat diminati oleh kanak-kanak dan golongan pelajar. Kali ini saya ingin memperkenalkan set Projek DIY  Felt yang mudah dan murah. Inilah contoh Lovely  Keychain yang dah siap dijahit. Cantik dan menarik. Kain Felt Keychain

Cara menjahit dan membuatnya telah siap ditulis didalam kertas instruction, dan kain felt bentuk Love yang telah siap dipotong. Anda hanya perlu menyediakan benang dan jarum, dan mengikut arahan yang disediakan. Mudah, senang dan ringkas.  Anda juga boleh menambah aksesori lain seperti butang dan keychain untuk kelihatan lebih menarik. Inilah bungkusan set Projek DIY  Felt yang terdapat dalam pelbagai warna mengikut kesukaan anda.Sila hubungi kami untuk tempahan set Belajar Menjahit Felt atau terus datang ke kedai kami di Temerloh Pahang. Harganya murah sahaja, RM3.50 untuk 1set.

*butang, benang dan keychain dijual berasingan