Beza tapak untuk mesin portable dan tapak mesin industri (Pressure foot)

Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak cerita pasal perbezaan tapak mesin atau dalam bahasa inggeris disebut pressure foot. Pressure foot merupakan alat yang penting untuk sesebuah mesin jahit berfungsi dengan baik. Tugasnya adalah sama seperti namanya iaitu sebagai tapak penekan kain yang memberi tekanan (pressure) kepada kain supaya gigi mesin yang menunggu dibawah dapat menarik kain semasa proses menjahit.

Nak dijadikan cerita, hari tu ada beberapa pelajar Giat Mara Temerloh datang membeli peralatan untuk mula belajar menjahit. Dengan membawa satu senarai panjang, mereka mula menjelajah kedai untuk mencari peralatan yang ada tertulis didalam list tersebut. Alhamdulillah mereka memilih untuk terus datang ke kedai Baisuddin Mesin Jahit temerloh sememangnya menyediakan segala peralatan menjahit. Mata mereka tertarik ke satu sudut yang menempatkan pelbagai pressure foot untuk mesin jahit, dan mula meninjau antara deretan pressure foot yang terdapat disitu. Mereka berdiri agak lama sambil membelek-belek setiap pressure foot yang ada. Rupanya mereka terkeliru antara pressure foot yang digunakan untuk mesin portable dan mesin industri. Dengan membawa beberapa pressure foot, mereka bertanya perbezaan dan macam mana nak mengenali pressure foot tersebut.

image

Senang sahaja nak kenal perbezaan antara keduanya. Saya ambil pressure foot lurus yang sering digunakan untuk mesin hitam portable (mesin hitam klasik tu) dan pressure foot lurus untuk mesin industri. Jika dilihat dengan mata kasar, kedua-duanya seakan sama dari segi bentuk dan rupa. Walaubagaimanapun, pressure foot yang digunakan untuk mesin industri adalah lebih tinggi (high shank) berbanding pressure foot yang digunakan untuk mesin portable (low shank). Selain itu, saiznya juga berbeza disebabkan mesin industri mempunyai permukaan gigi yang lebih lebar untuk mencengkam fabrik dengan lebih bagus.

Anda boleh lihat perbezaan menerusi gambar ini. ini adalah pressure foot mesin portable. Ketinggiannya hanyalah 21mm.

image

Ini adalah pressure foot mesin industri. Ketinggiannya adalah 31mm.

image

Saya bulat dan gariskan titik tengah tempat ikat skru pada kedua-dua tapak ini sebagai rujukan untuk membezakan antara tapak mesin portable dan tapak mesin industri.

image

Jika artikel ini bermanfaat, bolehlah share dengan rakan taulan.  Terima kasih dan selamat menjahit.