Error Message Mesin Jahit Brother NV-30 dan cara penyelesaiannya

Jika anda menjahit menggunakan mesin jahit brother NV-30, pasti sesekali anda menghadapi situasi dimana error message dipaparkan di skrin LCD disamping bunyi beep yang kuat keluar daripada mesin kesayangan anda. Jangan panik. Cara menyelesaikannya adalah mudah dan senang sahaja. Error message hanya akan ditunjukkan pada skrin LCD jika mesin jahit digunakan secara salah atau berlaku kerosakan. Error message tersebut dapat dipadamkan dengan menekan kekunci pada panel operasi, memutarkan tombol corak, atau dengan meggunakan cara pengoperasian mesin jahit yang betul.

  • E1 biasanya disebabkan apabila mesin dijalankan tanpa menurunkan tapak jahitan terlebih dahulu. Cara menyelesaikannya adalah dengan menurunkan tapak jahitan dan boleh menjahit seperti biasa.
  •  E2 biasanya disebabkan apabila menjahit corak selain dari corak lubang butang apabila lever lubang butang diturunkan. Cara menyelesaikannya adalah dengan menaikkan lever lubang butang sebelum menjahit.
  •  E3 biasanya disebabkan apabila anda memilih untuk menjahit corak jahitan lubang butang tetapi tidak menurunkan lever lubang butang. Cara menyelesaikannya adalah dengan menurunkan lever lubang butang ke tempat dan paras yang betul.
  • E4 biasanya disebabkan apabila anda menekan ‘butang reverse’ atau ‘butang menaikkan jarum’ semasa ‘alat menggulung benang bawah’ berada disebelah kanan. Cara menyelesaikannya adalah dengan menolak ‘alat menggulung benang bawah’ ke sebelah kiri.
  • E5 biasanya disebabkan apabila anda menekan ‘butang mula/berhenti’ (start/stop button) walaupun pemijak kaki disambungkan kepada mesin jahit. Cara menyelesaikannya adalah dengan menanggalkan pemijak kaki untuk mula menjahit atau dengan terus menggunakan pemijak kaki sahaja tanpa menggunakan butang mula/berhenti.
  • E6 biasanya disebabkan apabila motor mesin tidak dapat bergerak kerana benang tersangkut atau bergumpal. Cara menyelesaikannya adalah dengan memadam suis mesin jahit dam meleraikan benang yang tersangkut atau bersimpul terlebih dahulu.
  • E7 biasanya disebabkan apabila anda mengaktifkan fungsi jarum berkembar (twin needle) tetapi memilih corak yang tidak boleh dijahit menggunakan jarum berkembar. Contohnya corak lubang butang tidak boleh dijahit menggunakan jarum berkembar. Cara menyelesaikannya adalah dengan memilih corak yang boleh dijahit menggunakan jarum berkembar.
  • E8 biasanya disebabkan apabila anda memutarkan tombol corak apabila fungsi jarum berkembar diaktifkan. Cara menyelesaikannya adalah dengan menyahaktifkan fungsi jarum bekembar terlebih dahulu sebelum memilih corak kegemaran anda.
Jika masalah ini masih berlarutan selepas mencuba cara diatas, sila padamkan mesin anda dan bawa mesin tersebut kepada kami secepat mengkin. Atau  kepada Brother Service Center terdekat anda. Terima kasih.