Promosi Merdeka Raya Mesin Jahit Brother

Sempena menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri 2011, Brother International Malaysia mengadakan promosi mesin jahit. Promosi ini berlangsung dari 20 Julai 2011 sehingga 20 September 2011 dan boleh didapati di semua kedai Brother di seluruh Malaysia dan kami juga tidak ketinggalan untuk menyertai promosi ini.

Mesin jahit sulaman komputer Brother NV-90E yang berharga RM2,999.00 kini mendapat potongan harga sebanyak 50% dan dijual dengan harga RM1,499.00 sahaja. Mesin ini dilengkapi dengan skrin sentuh (touchscreen) untuk memudahkan pemilihan corak sulaman. Semua setting sama ada untuk memilih corak, membesar atau mengecilkan sulaman, boleh dipilih dengan menyentuh skrin sahaja, sungguh mudah. Mesin sulam ini dilengkapi dengan ram saiz 100mm x 100mm. Cara menggunakan mesin juga amat mudah. Pertama, pilih corak sulaman yang dikehendaki. Kedua, masukkan kain ke dalam ram. Akhir sekali, tekan butang mula (start). Mesin ini akan terus menjahit secara automatik tanpa perlu pengawasan dari pengguna dan akan memberi isyarat apabila telah selesai menjahit.

Mesin jahit serbaguna Brother NV-10 juga tidak kurang hebatnya. Mesin ini dilengkapi dengan sistem elektronik memudahkan pengguna untuk memilih corak dan menggunakan mesin. Mesin ini amat sesuai untuk mereka yang baru mengenal mesin jahit dan juga untuk tukan jahit profesional. Selain daripada jahitan lurus, mesin ini dilengkapi sehingga 16 corak jahitan termasuk 3 bentuk jahitan lubang butang yang beroperasi secara automatik. Dengan dilengkapi dengan butang start/stop, mesin ini boleh beroperasi tanpa menggunakan pedal kaki (foot controller). Dengan pembelian sepanjang promosi ini, anda mendapat penjimatan sebanyak RM200.00 iaitu dari harga asal RM1,099.00 kepada harga promosi RM899.00.

Oleh itu, jangan berlengah lagi. Marilah beramai-ramai ke kedai kami di alamat Baisuddin Bin Ramly Mesin Jahit Temerloh, B-6, Gerai MPT, Lurah Semantan, 28000 Temerloh Pahang Darul Makmur atau anda boleh terus menghubungi kami di talian 09-2963121.