Jahitan Mesin Brother NV950E

image

Tengah test mesin ni pagi ni. Cantik dan kemas je jahitan dia.

Alhamdulillah, siap pun repair dan servis mesin ni. Mesin ni sakit dia jahitan berbolot. Kesian sebab kena tahan wad 1 malam. Sekejap lagi dah boleh balik, mesti gembira akak mazlia sebab dia memang urgent betul nak siapkan projek jahitan.

Sakit mesin ni berpunca dari 2 masalah. Sekuci (bobbin)yang tidak sesuai dan jarum yang bengkok. Habis luka ibu sekuci (bobbin case) mesin ni. Jadi, cara atasi dia, ikut pesan guru saya, pastikan tukar jarum setiap 8 jam menjahit. Insyaallah sakit ni dapat diatasi. Pastikan servis mesin jahit kesayangan anda setiap 1 tahun tau.

Pagi sabtu yang indah. Subhanallah.