Jahitan tepi kemas cantik.

Assalamualaikum. Ramai yang tanya saya, macam mana contoh jahitan tepi yang kemas dan cantik. Ni saya buat gambar pandangan dekat bagi jahitan tepi.
image

Jahitan yang terhasil adalah kemas, sekata dan leper. Barulah puas hati bila ada jahitan tepi macam ni, kemas dan tidak berbulu. Jahitan kemas, kualiti jahitan bertambah ,mutu produk anda bertambah, bertambah customer datang, dan bertambah la pendapatan sampingan anda (kepada yang menjadikan hobi menjahit sebagai pendapatan sampingan). Pendek kata, rezeki bertambah-tambah. Syukur alhamdulillah.

Dah ada mesin jahit tepi tapi jahitan tak kemas macam ni? Ni tips yang boleh saya kongsi hari ni.
1.Pastikan mesin jahit tepi kesayangan anda diservis setiap 1 tahun.
2. Pastikan benang anda tidak expired (umur kurang 3 tahun sebab benang lama mudah putus dan reput).
3. Jarum selalu diganti.
5. Pisau kena tajam.

Jahitan diatas saya jahit menggunakan mesin jahit industri, jahit atas kain ciffon yang nipis tu. Kalau mesin tak diservis, susah nak setting nak dapat jahitan kemas macam ni tau.

Ni gambar jahitan bahagian bawah. Kemas kan?

image

Untuk pertanyaan boleh hubungi saya 09-2963121.

Fakrul Baisuddin
www.mesinjahit.my
Baisuddin mesin jahit Temerloh Pahang
Pakar mesin jahit