NeedleSetiap mesin jahit mempunyai jenis jarum yang tersendiri mengikut saiz dan panjang kepala jarum. Walaubagaimanapun, saiz jarum adalah sama bagi semua jenis mesin jahit. Secara general, jarum mesin jahit dikelaskan mengikut saiz jarum. Saiz jarum mesin jahit biasanya bernombor dari no9 sehingga no18. Nombor-nombor ini dikelaskan mengikut kesesuaian fabrik yang hendak dijahit. Jarum bernombor kecil seperti no9 digunakan untuk fabrik nipis, manakala jarum yang bernombor besar seperti no18  digunakan untuk fabrik yang tebal. Walaubagaimanapun, no jarum lebih besar seperti no21 dan no22 boleh didapati untuk menjahit kanvas dan kulit (kasut atau sofa).

Pemilihan saiz jarum amat penting untuk hasil jahitan yang cantik dan kemas. Cuba bayangkan jika anda hendak menjahit tudung yang sepatutnya menggunakan jarum bersaiz no9, tetapi anda terus menggunakan jarum saiz no16 yang biasa anda gunakan untuk menjahit seluar jeans. Tentu tudung anda berlubang pada jahitannya. Begitu juga sebaliknya jika anda menggunakan jarum halus (no9) tetapi digunakan untuk menjahit getah pinggang kain yang sepatutnya menggunakan jarum saiz no14, tentu jarum no9 tersebut bengkok atau patah.

Berikut merupakan saiz jarum mengikut ketebalan fabrik yang sesuai sebagai panduan anda.

  1. No 9 – Fabrik nipis – Tudung atau sutera
  2. No11 – Fabrik nipis & sederhana tebal – Tudung atau baju kurung
  3. No13 – Fabrik sederhana –  Baju kurung
  4. No 14 – Fabrik Sederhana dan tebal – Jahitan pinggang baju kurung
  5. No 16 – Fabrik Tebal – Jeans atau langsir
  6. No18 – Fabrik tebal dan berat – Jeans tebal atau langsir tebal

More : Jarum Mesin Jahit

This entry was posted in Jarum and tagged .

2 thoughts on “Saiz Jarum Mesin Jahit dan Kegunaannya

  1. aishah says:

    saya menggunakan mesin jahit singer 2624. bila jahit pinggang getah kain. benang bahagian dalam bergumpal walaupun saya pakai jarum 14. camne ye?

    • Fakrul says:

      Assalamualaikum. Berkenaan masalah saudari kemungkinan bukan masalah jarum. Untuk benang bergumpal, biasanya disebabkan oleh:

      1. Benang atas longgar – kemungkinan benang atas tidak dimasukkan dengan betul. Sila isi semula benang atas dan isi dengan betul terutama pada bahagian piring tension. Pastikan saudari mengangkat tapak jahitan (pressure foot) semasa memasang benang atas.

      Jika benang masih bergumpal, sila bawa mesin ke kedai kami untuk dibaiki. Terima kasih.

Comments are closed.