Perbezaan Antara Mesin Jahit Brother XL-2630 Dengan Mesin Jahit Brother GS-2700.

Berikut merupakan perbezaan antara mesin jahit Brother XL2630 dengan mesin jahit Brother GS2700.

1. Availability. Mesin XL2630 telah ditamatkan pengeluarannya oleh Brother Malaysia. Walaubagaimanapun, saudari masih boleh dapatkan dengan dealer Brother sementara stok masih ada. Mesin Brother XL2630 telah diganti dengan mesin jahit Brother GS2700 dan kami mempunyai stok untuk mesin ini.

2. Lampu. Mesin Brother XL2630 dilengkapi dengan Bulb Kuning untuk tujuan pencahayaan, manakala Mesin Brother GS2700 dilengkapi dengan Lampu LED putih yang lebih cerah, tidak menyakitkan mata dan lebih sejuk.

3. Corak jahitan. Mesin XL2630 mempunyai 25 corak jahitan, manakala mesin GS2700 mempunyai 27 corak jahitan.

4. Lubang butang. Mesin Brother XL2630 memerlukan 4 langkah untuk membuat lubang butang, manakala mesin Brother GS2700 hanya 1 langkah lubang butang, tapak lubang butang akan mengukur saiz butang secara automatik.

5. Harga. Harga bagi mesin Brother XL2630 dan Brother GS2700 adalah sama iaitu RM799.00. Tiada pertambahan harga bagi mesin Brother GS2700 walaupun fungsi yang diberikan lebih daripada mesin Brother XL2630.

Jika ada sebarang persoalan atau pertanyaan, saudari boleh terus menghubungi kami di talian 09-2963121. Terima kasih.