[Peringatan] Servis mesin anda hari ni

Assalamualaikum.

Reminder & peringatan kepada semua tukang jahit untuk servis mesin jahit anda. Hari ni bertarikh 5 April 2014 bersamaan 5 Jamadil Akhir 1435 hijrah. Bulan depan dah masuk bulan Rejab. Tempahan baju raya pun dah mula terasa bahang nye kan?

Mari kita kira bulan islam ye. Sekarang dah masuk Jamadil Akhir. Lepas tu, Rejab, Syaaban, Ramadhan, dan lepas tu Syawal (Raya Puasa). 4 bulan je lagi. Jangan ingat 4 bulan tu lama tau. Sekejap je masa berlalu.

Sekarang merupakan masa terbaik untuk servis mesin anda bagi menghadapi musim perayaan akan datang. Jangan tunggu last minit, nanti kena beratur panjang tunggu giliran untuk servis mesin atau repair mesin.

Kenapa perlu servis awal? Bagi mengelakkan mesin anda meragam di musim perayaan nanti. Dah ambil tempahan banyak, kain pun dah bertimbun untuk dijahit, mesin pula meragam. Kan terganggu tumpuan untuk menyiapkan tempahan baju raya.

Kenapa kena servis sedangkan mesin saya elok lagi? Cuba tengok gambar ni.

image

Ni gambar motor mesin jahit portable. Singer Ultralock 100 14u. Mesin ni saya terima pagi ni. Mesin rosak sebab jalan slow & bunyi bising. Saya pun check la mesin ni. Last servis tahun 2009. Bila saya buka mesin ni, conform motor rosak. Gambar ni menunjukan bahagian puli motor, braket motor dah pecah. Nampak tak bahagian crack tu.

Bila jadi macam ni, jujur saya cakap, satu je cara penyelesaian iaitu tukar motor baru. Ha, kan lari budget tu. Ingatkan musim perayaan ni dapat buat duit poket lebih, tup tup duit tu kena guna untuk tukar motor. Harap mesin korang jangan jadi macam ni ye.

Tips nak elak jadi macam ni? Senang je. Servis mesin portable anda mengikut jadual iaitu setahun sekali.

Kenapa braket tu boleh pecah? Sebab tak servis mesin. Mesin kalau kurang minyak akan jadi berat. Mesin berat akan susah nak jalan. Mesin berat akan menyebabkan beban kepada motor. Motor akan menarik beban lebih dan menjadi panas (overheat) dan boleh rosak.

Sekian penerangan saya.

Fakrul Baisuddin.