Sulam atau sulaman merupakan hasil seni persembahan rekabentuk fesyen dengan menggunakan tangan atau mesin sulam. Orang dahulu kala menyulam dengan tangan sehingga ada hasil seni mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan. Dengan bantuan teknologi terkini yang dipermudahkan kepada anda, mesin jahit sulam dipelbagaikan mengikut keperluan dan kehendak anda.