Singer 1518C11Z Portable

SINGER 1518C11Z

Singer 1518C11Z merupakan mesin jahit ringkas dan mudah digunakan. Mesin jahit model ini digunakan untuk menjahit jahitan lurus sahaja. Mesin ini menggunakan sistem 2 benang iaitu benang atas dan benang bawah. Mesin ini menggunakan motor untuk beroperasi. Mesin ini juga mempunyai carrying case yang cantik dan mudah untuk dibawa kemana-mana.

2 Responses to “Singer 1518C11Z Portable”

  1. emylia 21 February 2012 at 11:46 AM #

    BOLEH TAK BAGI PENDAPAT, SAYA NI MASIH LAGI DALAM PROSES UTK BELAJAR MENJAHIT…JADI MESIN JAHIT JENAMA / MODEL APA YG HARUS SAYA BELI SEKIRANYA UTK ORG YG BARU BELAJAR MACAM SAYA NI.

    • Fakrul 21 February 2012 at 10:30 PM #

      Terdapat pelbagai mesin jahit yang ada di pasaran. Tip penting untuk memilih mesin jahit adalah dengan mengetahui budget saudari terlebih dahulu. Setiap mesin jahit mempunyai karekteristik dan fungsi yang unik, dan tidak sama antara satu sama lain. Bagi budget bawah RM1000.00, saudari boleh mendapatkan mesin Singer 8280 (7 corak jahitan) ataupun boleh dapatkan Brother XL2630 (25 corak jahitan). Dengan corak yang banyak dan mempunyai fungsi lubang butang tersedia, saudari boleh menjahit seperti jahitan baju kurung , sprah atau langsir tanpa memikirkan untuk membeli mesin baru dalam masa terdekat. Mesin jahit Singer 1518C11Z juga boleh menjadi pilihan saudari, walaupun hanya 1 corak jahitan (jahit lurus sahaja), saudari boleh pelbagaikan jahitan dengan menukar tapak jahitan seperti tapak zip, tapak klim, tapak kedut, tapak zip sorok atau boleh menambah alat lubang butang (buttonholler set). Saudari boleh datang ke kedai kami untuk test drive setiap mesin bagi kepuasan saudari.