Tips Mesin Jahit – elak skru ikat jarum hilang

Pernah tak skru ikat jarum mesin jahit tepi hilang? Skru halus tu TERjatuh semasa nak buka jarum? Jahitan baju masih banyak nak kena siapkan? Stress kan?

Memang nangis nak cari skru halus tu bawah meja. Merangkak pun tak jumpa. Lagi-lagi kalau malam. Pandai betul skru ni sembunyikan diri. Hurm…

Cuba tengok gambar ni, perbandingan antara skru dengan duit syiling 10 sen. Memang halus. Dah la nak buka tu kena guna skru driver khas. Skru driver alenkey macam ni biasanya dibekalkan bersama mesin.
Mai nak ajar cara yang betul untuk buka jarum supaya skru ni tak hilang lagi.

Cucukkan skru driver alenkey kat skru buka jarum. Skru ni betul-betul berada diatas jarum. Tangan kiri pegang jarum dan tangan kanan pegang skru driver. Pulas arah lawan jam.

Tips penting : Semasa pulas untuk buka skru, tangan kiri tu tarik jarum kebawah. Pulas sehingga jarum dapat ditarik kebawah je. Jangan pulas lebih-lebih sampai terkeluar skru tu.

Jadi, tak perlu buka keseluruhan skru keluar pun. Skru yang bawa keluar tu la penyebab hilang. Tersentuh sikit pun dah jatuh entah kemana.

Mana nak cari skru ikat jarum dan skru driver alenkey ni? Boleh hubungi kami. 092963121. Terima kasih saya dahulukan.

Sekian. Selamat menjahit.