Jika anda menjahit menggunakan mesin jahit brother NV-30, pasti sesekali anda menghadapi situasi dimana error message dipaparkan di skrin LCD disamping bunyi beep yang kuat keluar daripada mesin kesayangan anda. Jangan panik. Cara menyelesaikannya adalah mudah dan senang sahaja. Error message hanya akan ditunjukkan pada skrin LCD jika mesin jahit digunakan secara salah atau berlaku kerosakan. Error message tersebut dapat dipadamkan dengan menekan kekunci pada panel operasi, memutarkan tombol corak, atau dengan meggunakan cara pengoperasian mesin jahit yang betul.

  • E1 biasanya disebabkan apabila mesin dijalankan tanpa menurunkan tapak jahitan terlebih dahulu. Cara menyelesaikannya adalah dengan menurunkan tapak jahitan dan boleh menjahit seperti biasa.
  •  E2 biasanya disebabkan apabila menjahit corak selain dari corak lubang butang apabila lever lubang butang diturunkan. Cara menyelesaikannya adalah dengan menaikkan lever lubang butang sebelum menjahit.
  •  E3 biasanya disebabkan apabila anda memilih untuk menjahit corak jahitan lubang butang tetapi tidak menurunkan lever lubang butang. Cara menyelesaikannya adalah dengan menurunkan lever lubang butang ke tempat dan paras yang betul.
  • E4 biasanya disebabkan apabila anda menekan ‘butang reverse’ atau ‘butang menaikkan jarum’ semasa ‘alat menggulung benang bawah’ berada disebelah kanan. Cara menyelesaikannya adalah dengan menolak ‘alat menggulung benang bawah’ ke sebelah kiri.
  • E5 biasanya disebabkan apabila anda menekan ‘butang mula/berhenti’ (start/stop button) walaupun pemijak kaki disambungkan kepada mesin jahit. Cara menyelesaikannya adalah dengan menanggalkan pemijak kaki untuk mula menjahit atau dengan terus menggunakan pemijak kaki sahaja tanpa menggunakan butang mula/berhenti.
  • E6 biasanya disebabkan apabila motor mesin tidak dapat bergerak kerana benang tersangkut atau bergumpal. Cara menyelesaikannya adalah dengan memadam suis mesin jahit dam meleraikan benang yang tersangkut atau bersimpul terlebih dahulu.
  • E7 biasanya disebabkan apabila anda mengaktifkan fungsi jarum berkembar (twin needle) tetapi memilih corak yang tidak boleh dijahit menggunakan jarum berkembar. Contohnya corak lubang butang tidak boleh dijahit menggunakan jarum berkembar. Cara menyelesaikannya adalah dengan memilih corak yang boleh dijahit menggunakan jarum berkembar.
  • E8 biasanya disebabkan apabila anda memutarkan tombol corak apabila fungsi jarum berkembar diaktifkan. Cara menyelesaikannya adalah dengan menyahaktifkan fungsi jarum bekembar terlebih dahulu sebelum memilih corak kegemaran anda.
Jika masalah ini masih berlarutan selepas mencuba cara diatas, sila padamkan mesin anda dan bawa mesin tersebut kepada kami secepat mengkin. Atau  kepada Brother Service Center terdekat anda. Terima kasih.

6 thoughts on “Error Message Mesin Jahit Brother NV-30 dan cara penyelesaiannya

  1. ros says:

    slm..sya sedang mencari mesin tuk jhit tepi tudung..yg ni ke..xbrpe tau tntg mesin..bleh cadangkn ape2 mesin untuk sya x..tq..

    • Fakrul says:

      Mesin jahit tepi hanya boleh digunakan untuk jahitan tepi, termasuk jahit tepi biasa dan jahit tepi halus. Mesin jahit serbaguna NV-30 adalah tidak sesuai untuk menjahit tepi kerana mesin jenis ini hanya menggunakan 2 benang. Mesin jahit tepi ada 3 jenis, jenis industri, jenis rumah dan jenis interlock.

      Jenis industri. Untuk jahitan tepi tudung halus, saudari boleh dapatkan mesin jahit industri Singer 2431K. Mesin jenis industri dapat menjahit lebih cepat daripada mesin jahit rumah.

      Jenis rumah. Untuk jahitan tepi tudung halus, saudari boleh mendapatkan mesin jahit tepi Singer 14N555, atau 14N655, atau Brother 3034D, atau Brother 4234D.

      Jenis interlock. Untuk jahitan tepi interlock (tudung ekin), saudari boleh dapatkan Brother 2340CV.

      Jika saudari memerlukan jahitan tepi tudung sahaja, setiap mesin yang disebutkan diatas perlu disetting terlebih dahulu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Sila bawa contoh jahitan atau tudung semasa memilih mesin supaya kami dapat setting mesin tersebut mengikut contoh yang saudari bawa.

    • Fakrul says:

      Kedai kami bertempat di Temerloh Pahang. Jika saudari menggemari atau ingin rasa keenakan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak yang memang terkenal di Temerloh, silalah datang ke sini.

  2. wani says:

    Sy baru nak mulakan belajar menjahit. mesin jahit ape yg patut sy gunakan. patut kah beli yg mahal atau beli yg murah nye dulu. cdg nak bljr menjahit baju n tudung. tq

    • Fakrul says:

      Mesin jahit mempunyai ciri-ciri yng tersendiri. Setiap mesin jahit mempunyai ciri dan fungsi yang berbeza. Pemilihan mesin adalah sangat bergantung kepada budget dan keperluan saudari. Adalah digalakkan saudari bertanya kepada guru jahitan berkenaan dengan mesin yang sesuai.
      Kebanyakan mesin jahit yang berada di pasaran adalah boleh digunakan untuk menjahit baju dan tudung, cuma cara dan hasil yang agak berbeza antara satu sama lain. Mesin yang lebih mahal biasanya dilengkapi dengan fungsi yang lebih banyak. Untuk kepelbagaian corak dan fungsi, Brother NV-30 boleh menjadi pilihan saudari. Untuk menjahit tudung, saudari boleh lihat cadangan saya diatas

Comments are closed.