Tanggal 12hb & 13hb September 2011 merupakan detik bersejarah buat peminat mesin jahit tepi (overlock) dan mesin jahit interlock. Bertempat di HQ Brother International Petaling Jaya, satu seminar mesin jahit diadakan dan dihadiri sendiri oleh cucu kepada founder brother iaitu Koichi Yasui. Kami sempat mengambil gambar kenangan bersama dengan Koichi Yasui.

Terdapat 2 mesin baru yang dilancarkan iaitu Mesin Brother 4234D Overlock dan Mesin 2340CV Interlock. Kedua-dua mesin ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri tambahan yang dipertingkatkan.
Brother 4234DBrother 4234D Overlock merupakan abang kepada Brother 3034D Overlock. Ini kerana Brother 4234D memiliki ciri-ciri yang dipertingkatkan selain mengekalkan ciri-ciri asal mesin overlock. Antara ciri-ciri tambahan tersebut adalah mempunyai ‘auto-threader’ dan lampu led putih. Berbanding dengan mesin overlock yang berada di pasaran, mesin Brother 4234D ini merupakan mesin overlock yang pertama yang mempunyai ‘auto-threader’ dan lampu led. ‘Auto-threader’ memudahkan kita untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum. Lampu led putih tidak menyakitkan mata dan amat sesuai digunakan berbanding lampu kuning yang akan panas apabila digunakan terlalu lama.

Brother 4234D boleh digunakan dengan 2 benang, 3 benang dan 4 benang mengikut kesesuaian jahitan. Selain daripada tombol ‘tension’ yang pelbagai warna, mesin ini dilengkapi dengan anak panah bernombor dan gambar bagi memudahkan anda untuk mengisi benang.

Mesin Brother 4234D ini amat sesuai untuk golongan yang baru berjinak dengan bidang jahitan, malahan amat sesuai digunakan oleh tukang jahit profesional. Dengan ciri-ciri yang ada, mesin ini juga boleh digunakan dengan tapak tambahan bagi mempelbagaikan jenis jahitan dan boleh ditambah dengan meja tambahan bagi menambah luas permukaan untuk menjahit.

Brother 2304CV InterlockMesin Brother 2340CV merupakan mesin jahit interlock. Mesin ini juga merupakan mesin interlock mudah alih pertama yang dikeluarkan oleh Brother Malaysia untuk pasaran tempatan. Mesin ini amat diperlukan dalam menghasilkan t-shirt dan seluar. Design mesin yang ringan dan kompak memudahkan mesin dibawa kemana-mana dan dapat menjimatkan ruang menjahit.

Mesin ini boleh digunakan secara 4 benang atau 3 benang mengikut keperluan. Mesin ini juga menggunakan sehingga 3 jarum bagi menghasilkan jahitan yang memuaskan. Proses memasukkan benang amat mudah kerana mesin ini dilengkapi dengan tombol berwarna, anak panah bernombor dan gambarajah. Pengguna hanya perlu mengikut arahan yang disediakan

Mesin Brother 2340CV ini amat sesuai untuk golongan yang baru berjinak dengan bidang jahitan, malahan amat sesuai digunakan oleh tukang jahit profesional. Dengan ciri-ciri yang ada, mesin ini juga boleh digunakan dengan tapak tambahan bagi mempelbagaikan jenis jahitan.

 

 

3 thoughts on “Brother 4234D & Brother 2340CV – Mesin baru dilancarkan September 2011

  1. Pingback: 4234D & 2340CV Sampai | BAISUDDIN MESIN JAHIT

Comments are closed.