14N555

Features
One needle 3 thread overlock machine
Maximum speed: 1,250 s.p.m.
Maximum stitch width (mm): 7.0
Maximum stitch length (mm): 4.0
Needle Cat no.: 2020
Great new artisan overedge that makes sewing faster

 

10 thoughts on “SINGER 14N555

    • Fakrul says:

      Harga untuk mesin jahit tepi mudah alih SINGER 14N555 adalah RM1,245.00. Mesin jahit tepi adalah untuk jahit tepi sahaja, termasuk jahit tepi biasa (baju) dan jahit tepi halus (tudung).

  1. eifa says:

    salam encik, sy ade mesin jahit mcm ni tp jenis yg 2 jarum, sy xberapa mahir nak guna mesin ni, lebih2 lagi guna 2jarum, fungsi2 yg lain pon sy xtahu, sy dpt penerangan mase nak beli dan mase mesin sampai saje… lps tu sy xingt dah ape fungsinye… encik bleh x buat manual cara gunakan mesin ni @ buat kelas cara gunakan mesin ni?

    • Fakrul says:

      Waalaikummusalam. Model untuk 2 jarum adalah model Singer 14N655. Saudari perlu belajar dan berlatih menggunakan mesin jahit kesayangan saudari. Untuk menjahit baju kurung, saudari hanya perlu menggunakan 1 jarum dan 3 benang. Masukkan benang dengan betul, mengikut gambarajah pada mesin atau mengikut buku panduan. Saudari hanya perlu banyak berlatih, seeloknya dapatkan kain perca untuk mula berlatih.

    • Fakrul says:

      Boleh saya tahu saudari sudah pakai mesin ini untuk berapa lama? Mesin jahit jenis portable memang perlu servis 1 tahun sekali. Sila bawa mesin saudari ke service center berdekatan atau terus datang ke kedai kami di Temerloh pahang untuk servis.

      Jika mesin baru, setting normal untuk tombol benang (3 tombol yang kat depan tu) adalah no 4, 4, 4.

  2. izaa says:

    salam encik..sy ada mesin jahit 14n555…tapi sy x tahu nak setting camna untuk jahit tepi baju atau tudng dgn jahitan halus…setiap kali sy buat,jahitannya besr…boleh tak encik bgitahu no brapa perlu setting..masa sy beli hari tu dia cuma ajar cara jahit tepi saja…dia kata kalau sy x pandai,jangn usik mana2…jdi macamna sy nk beljr mahirkan dri kalau dia x bgi sy usik mana setting…saya hrp encik dpt bntu sy cara nak setting untk jahitan halus tepi baju atau tudung…

    • Eiziani Shafeei says:

      Puan boleh rujuk buku panduan atau CD instruction yang dibekalkan bersama mesin. Di dalam CD ada tutorial untuk menggunakan mesin.

  3. fathul says:

    Salam.

    Tuan, saya sudah menggunakan mesin jahit jenis Singer 14N655 sejal sebulan yg lalu,
    Saya gunakan untuk jahit tepi tudung yang halus. Namun saya masih tidak dapat jahitan tepi yang kemas. Terdapat jarak jahitan yang tidak sekata dan benang2 halus dari kain yg terkeluar dari jahitan. Adakah saya perlu menukar tapak yang berbeza dari tapak yg sedia ada? JIka ya, apakah nama/no siri tapak tersebut?..Terima kasih

    • Fakrul says:

      Waalaikummusalam. Untuk menjahit jahitan tepi halus, saudari perlu menggunakan 3 benang 1 jarum. Lidah jahitan perlu ditukar kepada R (jahitan halus), jarak jahitan perlu ditukar kepada R (jahitan paling rapat). Pada peringkat ini jahitan akan menjadi halus dan rapat. Saudari tidak perlu menukar tapak lain untuk membuat jahitan halus tudung.

      Walaubagaimanapun jika saudari ingin menjadikan jahitan sedikit bergulung, benang paling kiri perlu diketatkan pada nombor 6~8 (normal nombor 4).

      Jika masalah kain berbulu berterusan, mungkin saudari perlu menukar pisau yang mungkin tumpul.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.