BROTHER 2340CV

Brother 2304CV Interlock

Mesin Brother 2340CV merupakan mesin jahit interlock. Mesin ini juga merupakan mesin interlock mudah alih pertama yang dikeluarkan oleh Brother Malaysia untuk pasaran tempatan. Mesin ini amat diperlukan dalam menghasilkan t-shirt dan seluar. Design mesin yang ringan dan kompak memudahkan mesin dibawa kemana-mana dan dapat menjimatkan ruang menjahit.

Mesin ini boleh digunakan secara 4 benang atau 3 benang mengikut keperluan. Mesin ini juga menggunakan sehingga 3 jarum bagi menghasilkan jahitan yang memuaskan. Proses memasukkan benang amat mudah kerana mesin ini dilengkapi dengan tombol berwarna, anak panah bernombor dan gambarajah. Pengguna hanya perlu mengikut arahan yang disediakan

Mesin Brother 2340CV ini amat sesuai untuk golongan yang baru berjinak dengan bidang jahitan, malahan amat sesuai digunakan oleh tukang jahit profesional. Dengan ciri-ciri yang ada, mesin ini juga boleh digunakan dengan tapak tambahan bagi mempelbagaikan jenis jahitan.

 

6 Responses to “BROTHER 2340CV”

  1. mohamed zahuri bin adam 27 December 2011 at 10:43 PM #

    nak tahu harga-harga mesin jahit

    • Fakrul 28 December 2011 at 11:28 PM #

      Harga bagi mesin jahit Brother 2340CV adalah RM1,599.00. Sila hubungi no tel 90-2963121 untuk pertanyaan lanjut.

  2. Rose Aliza 24 January 2012 at 10:42 AM #

    Want to trade in brother sewing Machine XL 4011 for a newer version. Is it possible?

    • Fakrul 24 January 2012 at 3:44 PM #

      Buat masa sekarang, kami tidak mengambil mesin trade-in. Walaubagaimanapun, kami menyediakan perkhidmatan membaiki mesin jahit. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 09-2963121. Terima kasih.

  3. rosnani 26 February 2012 at 10:52 PM #

    berapa harga mesin jahit brother 2340CV ni?

    • Fakrul 29 February 2012 at 10:46 PM #

      Mesin jahit Brother 2340CV ni harga dia RM1,599.00