Mesin jahit Brother NV2600 merupakan upgrade dari mesin Brother NV180. Mesin Ini mempunyai corak jahitan dan lebih banyak dan ruang menjahit yang lebih luas dan lebar. Ruangan yang besar dan lebar ini sangat membantu apabila menjahit material yang besar seperti cadar.
Selain itu, mesin ini dilengkapi dengan lengan sulaman yang kukuh dan boleh menyulam logo maksima saiz 160mm x 260mm. Dilengkapi dengan lampu LED yang terang dan jelas menyebabkan mesin ini menjadi pilihan ramai untuk menjadi mesin all-in-one.
Skrin LED berwarna yang besar dan jelas sangat membantu apabila memilih corak jahitan atau mengedit corak sulaman terus daripada skrin mesin tanpa bantuan komputer.