Mesin jahit Brother CV3550 ni merupakan mesin jahit jenis coverstitch.
Coverstitch ni biasanya jahitan pada hujung lengan atau bahagian bawah t-shirt. Jahitan yang ada dua line tu, dan jika lihat belakang kain jahitan dia macam zigzag. Jahitan coverstitch ni berbeza dengan jahitan biasa kerana jahitan ni khas untuk jenis kain memeri dan stretch atau biasanya orang panggil kain lycra/t-shirt.
Selain itu, mesin Brother CV3550 ni boleh menggunakan 3 jarum untuk menjahit 3 line zigzag atas bawah. Jahitan 3 line ni biasaya boleh didapati pada tudung atau baju renang atau pakaian dalam. Mesin ini juga dilengkapi dengan lampu LED putih yang selesa untuk mata.
Mesin ini boleh buat 7 jenis jahitan iaitu Double-sided Tri-cover, Double-sided Wide Cover, Double-sided Narrow cover, Tri-cover, Wide Cover, Narrow and standard chain stitching capability