Minyak Mesin Jahit (Sewing Machine Oil)

Minyak mesin jahit merupakan satu keperluan apabila menggunakan mesin jahit kesayangan anda. Minyak mesin digunakan untuk melincirkan bahagian sendi dan bahagian besi mesin jahit untuk mengelakkan pengaratan berlaku dan seterusnya mengelakkan mesin anda jemmed.

Proses meminyak mesin jahit model lama seperti mesin jahit singer 1518 boleh dilakukan sendiri dirumah. Proses meminyak mesin jahit tidaklah terlalu sukar. Pada bahagian atas mesin, anda perlu menitikkan 1 titik minyak mesin kedalam setiap lubang yang ada. Selepas itu, anda perlulah membaringkan mesin dengan menolakkannya kebelakang untuk mengisi minyak pada bahagian bawah mesin. Di bahagian bawah mesin anda perlu menitikkan pada setiap sendi yang bergerak. Sudah sahaja. Anda cuma perlu meminyak paling kurang seminggu sekali jika anda jarang menggunakan mesin, ataupun meminyak mesin setiap kali selepas selesai menggunakan mesin.

Walaubagaimanapun, mesin jahit jenis baru seperti mesin jahit SInger 8280 ataupun mesin jahit Brother NV-50, anda perlulah menghantar mesin tersebut ke kedai mesin jahit atau service center. Ini adalah kerana mesin jenis ini susah untuk membuka dan melihat komponen dalaman mesin kerana terdapat banyak skru dan klip.

Mesin jahit jenis industri juga menggunakan minyak mesin. Mesin jahit industri seperti SInger 3191D200A menggunakan minyak dalam kuantiti yang banyak. Minyak yang disyorkan untuk mesin industri ialah Minyak Mesin Singer 1 Liter kerana kualiti yang bagus untuk menjaga bahagian dalaman mesin jahit anda.