2431K001-4

Specifications
Fully automatic lubrication system
Different feed can be adjusted
Moveable guard prevents skipping stitches
Push button type provides ease of stitch length adjustment

 

Features
Maximum Speed: 6000 stitches per minute
Presser foot lift: 5.5mm
Stitch width: 4mm max
Stitch length: 3.6mm max
Needle Cat no.: 6120
Motor: ½ HP

 

10 thoughts on “SINGER 2431K001-4

    • Fakrul says:

      Terima kasih kerana menghubungi kami. Harga mesin jahit tepi industri Singer 2431K001-4 adalah RM2,195.00 (motor senyap). Harga bagi mesin jahit tepi tudung adalah sama dengan mesin jahit tepi iaitu RM2,195.00 (mesin yang sama tetapi telah siap dipasang aksesori bagi jahit halus iaitu tapak jahit halus(needle plate)).

      Jika ingin jahit tudung halus, cik aishah digalakkan menggunakan 1 mesin yang dikhaskan untuk jahit tepi tudung dan tidak bercampur dengan mesin jahit tepi biasa. Ini adalah kerana cik perlu mengubah setting (memutar tombol ketegangan benang & adjust jarang rapat) setiap kali ingin menjahit baju atau jahit tepi tudung. Jika tidak biasa mengubah setting, jahitan yang dihasilkan adalah tidak seperti yang dikehendaki (jahitan tidak cantik).

      Sila hubungi 09-2963121 untuk pertanyaan lanjut. Kami boleh cadangkan mesin jenis lain yang lebih murah. Terima kasih.

      *Harga yang ditawarkan adalah tidak termasuk kos penghantaran.

  1. umi says:

    Salam. Saya telah ada membeli mesin jahit tepi industri Singer 2431K001-4 telah siap dipasang aksesori bagi jahit halus iaitu tapak jahit halus(needle plate)).

    Masalahnya sekarang bila jahit tepi halus tudung jahitan tidak cantik & kemas. Saya hanya gunakan mesin tersebut untuk menjahit tepi halus tudung sahaja. Sudah 3 orang datang servis untuk jahitan halus tapi masih dalam keadaan yang sama.

    Boleh tak encik Din tunjukkan cara2 untuk mengubah setting (memutar tombol ketegangan benang & adjust jarang rapat) untuk jahit tepi tudung.

    Terima kasih.

    • Fakrul says:

      Waalaikummusalam. Boleh saya tahu saudari sudah berapa lama memakai mesin ini? Setiap mesin jahit tepi halus perlu di servis bagi memastikan jahitan cantik seperti baru. Cara untuk mengubah setting adalah berbeza mengikut mesin jahit. Oleh itu, adalah digalakkan saudari membawa kepala mesin ke kedai kami.

      • umi says:

        Tahun lepas dalam bulan 8, 2011, macamana saya duduk kat cheras, kl boleh tak encik din tolong tunjukkan berapa pusingan yang saya perlu pusing bg pusingan merah hijau kuning untuk mengubah setting (memutar tombol ketegangan benang & adjust jarang rapat) untuk jahit tepi tudung

        Terima kasih.

        • Fakrul says:

          Tombol ketegangan benang pada mesin 2431k tidak mempunyai nombor. Susah saya nak terangkan, kena buat baru boleh. Boleh emailkan alamat & no tel saudari ke alamat email kami ‘baisuddin[at]mesinjahit.my. Kebetulan esok saya ada meeting kat sunway, cuma saya tak janji boleh sampai ke rumah atau tidak, disebabkan kekangan masa.

  2. Fatin says:

    assalamualaikum 🙂
    saya ingin bertanya tentang cara penukaran minyak mesin 2431k ini..bolehkah saya lakukan sendiri sahaja dirumah? jika boleh, minyak apa yang perlu digunakan dan bagaimana caranya 🙂
    dan sekiranya sukatan minyak telah berada pada kedudukan hampir kepada danger, bagaimanakah cara untuk menambah minyak itu dan apakah minyak yang sesuai? terima kasih..

    • Fakrul says:

      Waalaikummusalam. Penukaran minyak mesin untuk Mesin Jahit Industri Singer 2431k memang boleh dilakukan sendiri dirumah. Walaubagaimanapun, saudari perlu 2 orang lelaki untuk membantu dalam proses penukaran minyak tersebut, bagi mengelakkan sakit pinggang.

      Mula-mula, saudari perlu memutuskan benang. Kemudian lucutkan tali belting mesin. Tali belting ini menyambungkan mesin dengan motor. Caranya mudah sahaja, saudari perlu melucutkan pada bahagian berdekatan dengan puli motor dengan cara menarik tali ketepi sambil memutarkan tombol. Selepas itu, saudari perlu menanggalkan cangkuk pada belakang mesin. Cangkuk ini bersambung dengan pemijak kaki yang digunakan untuk mengangkat tapak mesin. Selepas itu, alas kain diatas meja mesin, dan bolehlah angkat kepala mesin tersebut dan diletakkan atas kain alas. Kepala mesin 2431k ini boleh diangkat begitu sahaja, memang tiada skru yang mengikat mesin ini.

      Untuk membuang minyak lama, saudari perlu membuka skru pada bahagian kiri bawah mesin. Lokasi skru ini ada ditunjukkan dalam buku panduan mesin. Minyak yang lama boleh digunakan untuk meminyak peralatan lain seperti gunting, gear basikal atau pintu. Adalah penting untuk mengikat skru tersebut dengan kemas selepas membuang minyak bagi mengelakkan minyak menitik keluar. Selepas itu, saudari boleh menukar filter minyak yang berada di bahagian belakang mesin. Kedudukan filter tersebut ada ditunjukkan dalam buku panduan.

      Untuk mengisi minyak baru atau menambah minyak, saudari perlu meletakkan mesin kembali kepada posisi asal. Kedudukan 4 biji getah penahan perlu berada di posisi yang betul bagi mengelakkan mesin senget atau tidak stabil. Saudari boleh membuka penutup lutsinar di bahagian atas mesin (tempat minyak selalu nampak memancut keluar) dengan memulaskannya. Minyak baru boleh dituang kedalamnya. Pastikan saudari membeli minyak mesin 1 liter Singer original. Walaupun sedikit mahal, minyak ini lebih pekat daripada minyak lain. Semasa mengisi minyak, saudari perlulah perhatikan aras minyak pada bahagian depan mesin. Jangan melebihi paras ‘normal’ mesin bagi mengelakkan minyak melimpah keluar.

      Diharap penerangan saya dapat membantu saudari. Jika saudari tidak pasti atau teragak-agak, eloklah saudari mendapatkan bantuan pakar mesin jahit di kawasan saudari, atau boleh juga menghubungi kami di talian 09-2963121. Insyaallah kami akan cuba selesaikan masalah saudari melalui telefon. Terima kasih.

  3. liza says:

    assalam tuan,

    Saya baru sahaja membeli mesin jahit model 2431k-4benang 2 jarum, setelah diguna jahitannya besar, dimanakah saya boleh mendapatkan tapak utk jahitan yg kecil? agent menyatakan saya boleh juga menggunakan satu jarum, tetapi bila saya menggunakan satu jarum, jahitannya sgt tidak cantik.. bagaimana saya dapat menyelesaikan masalan ini

    • Eiziani Shafeei says:

      Mesin Jahit Tepi Singer 2431K-4 benang 2 jarum memang boleh buat 4 jenis jahitan. Pertama menggunakan 4 benang 2 jarum, biasanya digunakan untuk jahitan cantuman t-shirt iaitu mencantumkan terus depan dan belakang t-shirt atau baju, dan jahitan yang dihasilkan adalah lebih lebar. Kedua menggunakan 3 benang 1 jarum (kiri) untuk menghasilkan jahitan tepi biasa, untuk menjahit tepi baju atau langsir. Ketiga 3 benang 1 jarum (kanan) untuk menghasilkan jahitan tepi biasa yang lebar, untuk jahitan tepi langsir yang lebih lebar. Keempat menggunakan 3 benang 1 jarum tapak halus, untuk menghasilkan jahitan halus tudung.

      Bagi menghasilkan jahitan yang cantik, saudari perlu memutarkan tombol ketegangan benang yang berada di bahagian depan mesin. Keempat-empat tombol perlu berada di kedudukan yang betul bagi menghasilkan jahitan yang cantik dan kemas. Walaubagaimanapun, larasan tombol bagi setiap mesin jahit adalah berbeza mengikut jenis mesin, jenis benang yang digunakan dan jenis kain yang ingin dijahit. Jadi saya tidak dapat menerangkan larasan yang tepat untuk mesin saudari. Seeloknya saudari menghubungi kedai tersebut bagi melaraskan kembali jahitan mesin tersebut mengikut kehendak saudari, dan saudari oleh sediakan contoh jahitan tepi bagi memudahkan mekanik melaras mesin tersebut. Elakkan memutar tombol tersebut sesukahati bagi mengelakkan jahitan menjadi lebih teruk. Saudari boleh rujuk buku panduan yang disediakan didalam laci meja mesin sebagai rujukan saudari. Sebarang pertanyaan lanjut saudari boleh hubungi kami di talian 09-2963121. Terima kasih.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.