Kelas Menjahit PercumaAnda suka menjahit? Anda tiada mesin jahit tetapi ingin belajar menjahit? Tidak mempunyai guru jahitan? Sekaranglah masanya dan peluang terbaik untuk anda. Brother International Malaysia membuka kelas jahitan untuk sesiapa yang berminat menjahit. Kelas ini terhad kepada 10 orang sahaja bagi setiap sesi menjahit. Anda bolehlah menghubungi Brother International Malaysia no telefon 03-7884 9999 untuk book kelas ini. Berikut adalah butiran lanjut tentang kelas menjahit ini.

  • Hari : Setiap Khamis kecuali cuti umum
  • Masa : 10:00 pagi sehingga 5:00 petang
  • Tempat : Brother International HQ, T1-5, 5th floor, Tower 1, Jaya 33, No.3, Jalan Semangat, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Sila layari website Brother Malaysia untuk maklumat lanjut

22 thoughts on “Kelas Menjahit Percuma

  1. norhaslinda hashim says:

    salam en saya nk tanya lebih lanjut tentang mesin yang sesuai untuk menjahit tudung.saya sedang mencari mesin yg sesuai dan ingin mndapatkan segera.boleh syorkan mesin mana yg sesuai dan fungsi2nya..t.kasih

    • Fakrul says:

      Mesin jahit tudung adalah bergantung kepada jenis jahitan dan kekerapan menjahit. Jahitan tepi halus (sama macam jahitan baju tetapi lebih halus dan rapat) boleh dihasilkan menggunakan mesin jaht tepi portable biasa seperti Mesin Jahit Tepi Portable Singer 14N555, Singer 2431K, Brother 3034D ataupun Brother 4234D. Mesin jahit 2340CV pula menjahit menggunakan 2 batang jarum dan jahitan yang dihasilkan adalah seperti tepi tudung ekin. Sila emailkan no tel puan untuk memudahkan saya menghubungi dan berbincang dengan puan. Terima kasih.

  2. iza says:

    salam,
    saya sedang mencari mesin jahit..boleh syorkan mesin jahit yg sesuai dan harga yg berpatutan..
    terima kasih

    • Fakrul says:

      Terima kasih kerana menghubungi kami. Setiap orang mempunyai minat dan karekteristik yang berlainan, jadi mesin jahit pun begitu. Sila nyatakan projek atau budget puan bagi memudahkan kami mencadangkan mesin jahit yang sesuai. Untuk memudahkan perbincangan, puan digalakkan menghubungi kami ditalian 09-2963121.

  3. Lidza says:

    Saya sedang mencari mesin jahit tepi halus untuk tudung. Boleh tak berikan saya jenama apa yang sesuai, harga berpatutan dan mudah untuk mencarii spare part yang murah.

    • Fakrul says:

      Saudari boleh cari Mesin jahit Singer 14N555, Singer 14N655, Brother 4234D dan Brother 3034D. Saudari boleh pilih mengikut budget saudari. Jenama Singer dan Brother adalah senang dan mudah mendapat sparepart, dan Baisuddin Mesin Jahit Temerloh mendapatkan alat ganti direct dari HQ Singer & Brother.

  4. Arakida says:

    Saya minat menjahit, & mempunyai mesin jahit jenama Brother XL2220 yg berusia dlm 4 tahun, alhamdulillah tiada masalah menggunakannya. Banyak jenis jahitan yang boleh dihasilkan, tetapi untuk jahit tepi kain, seolah-olah jahitan tu tidak cantik, terpaksa hantar kedai. Persoalan saya,
    1. Adakah saya telah salah guna teknik yang sepatutnya.
    2. Niat saya nak beli mesin jahit tepi untuk kain biasa & juga tudung, boleh beri cadangan yang sesuai?
    3. Saya sudah guna mesin Brother 4 tahun boleh lagi ke saya ikuti kelas jahitan secara percuma?
    Kerjasama dari En. Baisuddin amat saya harapkan.

    • Fakrul says:

      Mesin Brother XL2220 mempunyai jahitan yang menarik. Walaubagaimanapun, mesin tersebut tidak sesuai untuk menghasilkan jahitan tepi kerana jahitan jahit tepi biasanya menggunakan 3 benang. Saudari perlulah mendapatkan sebuah mesin jahit tepi untuk digandingkan dengan mesin saudari. Mesin jahit tepi untuk kain biasa dan kain tudung boleh menggunakan mesin jahit Singer 14N555, Singer 14N655, Brother 4234D dan Brother 3034D. Setiap mesin mempunyai ciri yang tersendiri, terpulang kepada saudari untuk memilihnya. Saudari masih boleh mengikuti kelas menjahit tersebut. Sila hubungi no diatas untuk booking tempat kerana tempat adalah terhad kepada 10 orang untuk setiap sesi pembelajaran. Terima kasih.

      • musafir says:

        Salam..

        Saya sedang mencari mesin jahit untuk tujuan jahit LANGSIR, SELUAR, BAJU, JUBAH, TUDUNG..

        Mesin apakah yg sesuai? Berapa harganya? Saya berminat untuk membeli Mesin Juki, Model apakah yg sesuai dengan TUJUAN sy??

        Mesin jahit tepi Brother 4234D Overlock sesuai x?

        • Eiziani Shafeei says:

          W’salam w.b.t.. merujuk kepada tahap penggunaan yang dinyatakan saya mencadangkan mesin jahit hi-speed yang paling sesuai untuk puan. Mesin overlock ini motornya kecil akan melambatkan proses menjahit. Akan tetapi sekiranya nk menjahit tudung jahitan nya adalah halus so sebolehnya asingkan mesin untuk tudung dan baju or langsir. TQ.

  5. Arakida says:

    Terima kasih atas penerangan yang sangat berguna. Saya akan hubungi no diatas untuk mengikuti kelas yang disediakan. Terima kasih sekali lagi.

  6. Hanimah Othman says:

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya, sehingga bila kelas menjahit ini akan ditawarkan secara percuma? Hal ini kerana, saya berminat untuk mengikutinya, tetapi buat masa ini, saya sedang berada di luar negara untuk satu tempoh yg lama juga. Sekian terima kasih.

    • Fakrul says:

      Waalaikummusalam. Jangan risau, saudari boleh terus hubungi kami apabila sampai ke tanah air nanti. Terima kasih.

  7. Norazita Noh says:

    Saya mempunyai mesin jahit tepi biasa, jika saya hendak menjahit tepi tudung seperti selendang adakah saya perlu menukar tapak mesin?

    • Fakrul says:

      Saya perlu tahu jenis mesin yang saudari gunakan. Jika saudari menggunakan mesin jahit tepi industri atau menggunakan mesin jahit tepi model lama, saudari perlu menukar tapak halus. Jika saudari menggunakan mesin jahit tepi portable terkini, saudari tidak perlu menukar tapak mesin kerana fungsi jahit tepi tudung ada dalam mesin tersebut.

  8. Lin says:

    Assalamualaikum.
    Saya sedang mencari mesin jahit, Dan kelas menjahit…saya nak Tanya, adalah kelas menjahit ini diadakan pada hujung minggu?Dan apakah jenis2 projek/ kursus yg diajar?
    Terima kasih.

    • Fakrul says:

      Waalaikummusalam. Pemilihan mesin jahit adalah bergantung kepada budget saudari. Saudari boleh emailkan alamat saudari ke baisuddin[at]mesinjahit.my bagi memudahkan saya poskan ‘poskad belajar menjahit brother’ untuk memudahkan proses pendaftaran nanti.

      berkenaan soalan saudari, kelas menjahit adalah pada setiap hari khamis sahaja. Jenis jahitan atau projek yang diadakan di kelas menjahit adalah bergantung kepada guru jahitan Brother.

  9. pauzi says:

    Apa model mesin jahit brother yg baik utk jahit langsir..kalu buleh yang tahan lasaklah…(cthnya utk industri). berapa anggaran harganya…TQ

  10. dila says:

    salam.. saya nak bertanya adakah mesin jahit tepi SINGER 2431K001-4 boleh menjahit tepi halus untuk tudung? terima kasih.

    • Eiziani Shafeei says:

      W’salam.. mesin jahit tepi SINGER 2431k001-4 sememangnya boleh untuk menjahit tepi tudung akan tetapi sekiranya puan nak menjahit tepi tudung seeloknya khaskan untuk tepi tudung sahaja. Ini kerana setting halus dan jahit biasa adalah berlainan.

Comments are closed.