Mesin jahit singer 6180Mesin Jahit Komputermatik Singer 6180 merupakan mesin jahit mudah alih yang komputermatik. Mesin ini amat sesuai untuk para pelajar dan tukang jahit kerana kepelbagaian fungsi baru yang diperkenalkan. Mesin ini dilengkapi dengan motor dan pemijak kaki elektronik yang memudahkan anda mengawal kelajuan mesin disamping memastikan anda mendapat pengalaman menjahit yang menyeronokkan. Jika anda ingin mencari mesin yang mudah dan ringkas, tetapi padat dengan fungsi yang pelbagai, mesin jahit komputermatik Singer 6180 amat sesuai untuk anda.

Panel kawalan singer 6180Antara ciri-ciri utama mesin ini adalah dilengkapi dengan 80 corak jahitan yang tersedia didalam mesin. Corak-corak ini merangkumi kepelbagaian jahitan bercorak terbaru, dan dilengkapi sehingga 6 jenis lubang butang dengan hanya 1 langkah yang mudah. Anda boleh menjahit jahitan biasa seperti jahit lurus atau jahitan zigzag, atau boleh menjahit jahitan bercorak yang boleh dipilih di hujung jari anda sahaja. Untuk menjahit jahitan bercorak, anda hanya perlu menjahit mengikut garisan lurus sahaja kerana mesin ini sendiri akan menggayakan corak yang dipilih. Mudah sahaja.

LCD Mesin jahit 6180 singerMesin jahit komputermatik Singer 6180 menyediakan penggunaan antaramuka yang mudah guna dengan hanya sentuhan butang. Dengan menekan butang yang disediakan, anda dapat memilih corak, mengubah jarak atau saiz corak mengikut kesesuaian fabrik dan corak yang anda perlukan. Selain itu, anda juga akan mendapat lebih idea dengan menggabungkan corak ini mengikut kretiviti anda. Mesin jahit ini juga menyediakan paparan LCD yang risngkas dan mudah difahami bagi memudahkan anda melihat jenis corak yang dipilih dengan sekali imbas pandangan mata sahaja.

Meja tambahan Singer 6180Harga bagi mesin jahit komputermatik Singer 6180 adalah RM1,395.00. Dengan kepelbagaian gorak dan fungsi yang ditawarkan, mesin ini amat berbaloi. Anda bolehlah menghubungi kami di no tel 09-2963121 untuk menempah mesin ini atau boleh datang terus ke premis kami di Temerloh Pahang. Kami juga menyediakan perkhidmatan courier* terus ke depan pintu rumah anda.

Berikut merupakan ciri-ciri yang ada pada mesin jahit komputermatik Singer 6180 :

  • 80 built-in stitch programs: 6 styles of 1-step buttonholes, decorative stitches, and more
  • Optimal pre-set optimal stitch settings, fully adjustable
  • Push button, computerized stitch selection with LCD display
  • Automatic needle threader
  • Free arm with accessory storage
  • Decorative stitch tie off function
  • 3 needle positions
  • Up to 6.5mm wide zigzag to create more beautiful stitches
  • Bright LED light
  • Vertical rotary hook
  • Complete with extension table

Harga**: RM 1,395 (WM)

  • *kawasan penghantaran adalah bergantung kepada City-Link Courier.
  • **harga yang ditawarkan adalah mengikut harga dari Singer Malaysia SDN. BHD.

4 thoughts on “Mesin Jahit Komputermatik Singer 6180

    • Fakrul says:

      Semua jenis mesin jahit boleh menjahit langsir. Cuma pastikan saudari menggunakan jarum yang sesuai iaitu saiz 16 atau 18.

      Beza antara mesin adalah cepat atau lambat sahaja. Mesin jenis industri menjahit lebih laju dan cepat daripada mesin jenis portable.

      Dari segi ketahanan, saya cadangkan saudari memilih mesin jenis industri.

  1. intan says:

    saya nak tanyalah kenapa mesin singer 6180 di Lcd saya tu tiap kali nak pilih/tukar corak di skrin nya tidak jelas. hanya satu butang tu sahaja.contoh..no 13.. yg berfungsi 1 aje (button sebelah kiri)yang no 3 (button kanan)tu tak jelas..nmpk mcm 0 je.slalu kalau nak guna button kanan tu kena kira sendiri dah brapa kali tekan untuk nak dapatkan corak jahitan yg dimahukan..sebab apa ya jadi macam tu?belum setahun lagi guna..

    • Fakrul says:

      Mungkin masalah LCD dan masalah yang dihadapi saudari adalah sangat jarang berlaku. Saudari boleh bawa mesin untuk claim warranty.

Comments are closed.