Mesin sulam Brother NV180D

Assalamualikum. Mesin jahit dalam gambar ni merupakan ‘mesin jahit, sulam dan quilting’ Brother NV180D Edisi Disney. Mesin ni boleh buat 3 fungsi iaitu jahit, sulam dan quilting. Contoh sulaman boleh tengok kat bawah mesin tu. Paling tengah dan kanan adalah sulaman pony dan sulaman seni khat Maal Hijrah yang di digitise oleh Tuan Zaidi menggunakan software sulaman.

Contoh paling kiri tu pula merupakan contoh jahitan lubang butang dan jahit butang menggunakan mesin ni. Yup, korang tak silap baca. Memang fakrul mension jahit butang. Mesin ni memang boleh. Nak belajar? Komen kat bawah ‘saya nak belajar jahit butang guna mesin’.

Beg punjut kat sebelah tu dijahit sepenuhnya oleh mesin Brother NV180K Edisi Hello Kitty, kecuali bunga yang timbul tu. Corak hello kitty tu menang comel dan menarik perhatian. Cantik kan? Sapa suka hello kitty angkat tangan. Yeah!!

Korang pernah tengok kat pasaraya harga barangan Hello Kitty dan Disney tak? Bila window shopping kat Butik Anakku contohnya, korang mesti perasan yang barangan baby ada gambar Hello Kitty atau Mickey Mouse ni harga dia mahal dari yang biasa. Ini dinamakan nilai tambah (value added) kepada sesuatu barangan.

Apa kaitan dengan mesin ni pula? Maksudnya korang boleh value added kepada barangan korang. Samaada nak pakai sendiri atau nak jual. Kalau jual memang nilai tambah pada poket la kan? Bayangkan, beg punjut kosong RM5.00 je, kalau ada gambar hello kitty korang rasa harga berapa? Ting ting ting bunyi duit. Mesti lebih RM5 kan. Ofcos u allz.

Sapa berminat nak tahu lebih lanjut pasal mesin ni, boleh klik link ni.

Sekian