Mesin sulam Brother NV180D

Berapa minit korang tunggu gambar dan page ni nak loading? 2 minit? 5minit? Harap sabar ye. Semua tu bergantung pada kelajuan internet korang.

Assalamualaikum. Post kali ni berkenaan dengan resolusi 4k. Fakrul cuba upload gambar resolusi tinggi.  Harap korang boleh view la ye. Website mesinjahit.my baru, jadi test je la. Pengguna pc, klik kanan kat gambar atas ni, lepas tu ‘open image in new tab’.

Post ni tak lama, kang habis pulak bandwidth website. Insyaallah 1 minggu je, pas tu delete post. Tolong jangan komen angle atau pencahayaan gambar kerana gambar ni memang Fakrul candit guna handphone je.

Satu gambar pun dah cecah 2mb. Oleh itu, gambar ni akan amik masa untuk loading kat pc korang. Sapa yang ada monitor 4k, boleh try tengok. Imac pun dah reso 4k dan 5k, boleh try view n komen.

Mesin jahit dalam gambar ni merupakan ‘mesin jahit, sulam dan quilting’ Brother NV180D Edisi Disney. Mesin ni boleh buat 3 fungsi iaitu jahit, sulam dan quilting. Contoh sulaman boleh tengok kat bawah mesin tu. Paling
tengah dan kanan adalah sulaman pony dan sulaman seni khat Maal Hijrah yang di digitise oleh Tuan Zaidi menggunakan software sulaman embird.

Contoh paling kiri tu pula merupakan contoh jahitan lubang butang dan jahit butang menggunakan mesin ni. Yup, korang tak silap baca. Memang fakrul mension jahit butang. Mesin ni memang boleh. Nak belajar? Komen kat bawah ‘saya nak belajar jahit butang guna mesin’.

Beg punjut kat sebelah tu dijahit sepenuhnya oleh mesin Brother NV180K Edisi Kitty, kecuali bunga yang timbul tu. Corak kitty tu menang comel dan menarik perhatian. Cantik kan? Sapa suka kitty angkat tangan. Yeah!!

Korang pernah tengok kat pasaraya harga barangan Kitty dan Disney tak? Bila window shopping kat Butik Anakku contohnya, korang mesti perasan yang barangan baby ada gambar Kitty atau Mickey Mouse ni harga dia mahal dari yang biasa. Ini dinamakan nilai tambah (Value Added) kepada sesuatu barangan.

Apa kaitan dengan mesin ni pula? Maksudnya korang boleh value added kepada barangan korang. Samaada nak pakai sendiri atau nak jual. Kalau jual memang nilai tambah pada poket la kan? Bayangkan, beg punjut kosong RM5.00 je, kalau ada gambar hello kitty korang rasa harga berapa? Ting ting ting bunyi duit. Mesti lebih RM5 kan. Ofcos u allz.

Sapa berminat nak tahu lebih lanjut pasal mesin ni, boleh klik link ni.

Sekian