Posted on

BROTHER NV-950- PROMOSI DATANG LAGI

Mesin jahit sulam brother NV950 merupakan mesin jahit mudah alih yang kecil dan mudah dikendalikan. Dengan ciri-ciri tambahan seperti skrin sentuh dan port USB, mesin ini menjadi pilihan surirumah, pelajar, sulaman t-shirt dan penggiat seni kraf tangan sulam. Dengan dilengkapi dwi-fungsi iaitu jahitan biasa dan sulam berkomputer, pada harga yang ditawarkan amat berpatutan.

Mesin ini juga dilengkapi dengan paparan antaramuka yang mudah dan senang dikendalikan iaitu paparan skrin sentuh. Cara memasukkan benang mesin jahit brother ini juga adalah sangat senang, hanya dengan mengikut susunan nombor sehingga selesai. Mesin ini juga dilengkapi dengan alat memasukkan benang kedalam jarum dengan sekali tekan sahaja tanpa memegang benang. Mesin ini juga dilengkapi dengan lampu LED putih pada ruang jahitan bagi menyinari dan menerangkan kawasan jahitan bagi memudahkan anda melihat hasil jahitan dengan lebih jelas.

Mesin ini berlainan dengan mesin sulam brother NV-90E kerana mesin ini boleh jahit biasa dan juga membuat sulaman. Sebanyak 129 corak jahitan abstrak dapat anda jahit selain 10 pilihan corak lubang butang yang dijahit secara automatik. Anda juga boleh memilih samada untuk menjahit menggunakan pemijak kaki atau terus menggunakan butang mula/berhenti untuk memulakan jahitan.

Untuk menjahit sulam, anda perlu memasangkan attachment yang disediakan bersama mesin ini, iaitu bahagian sulaman. Anda hanya perlu menyorong masuk bahagian sulaman ke arah mesin, memasang tapak sulam, dan menggunakan ram sulam. Saiz ram sulam untuk mesin ini ialah 100x100mm. Mesin NV-950 ini dibekalkan dengan 70 corak sulaman, 6 jenis font, dan juga sehingga 10 jenis border tersedia di dalam mesin. Selain itu, mesin ini didatangkan juga dengan CD yang memuatkan 126 corak sulaman tambahan yang boleh anda sulam menggunakan mesin ini. Dengan menanggalkan bahagian sulaman, paparan LED terus bertukar kepada paparan untuk menjahit biasa.

Selain daripada itu, mesin ini juga dilengkapi dengan slot memori card & slot USB. Oleh itu, anda dapat memperlbagaikan corak jahitan sulaman dengan memasukkan kad memori yang boleh dibeli dari Brother. Dengan upgrade slot USB daripada USB jenis ‘B’ kepada UBS jenis ‘A’, anda boleh terus cucuk pendrive anda terus ke mesin untuk mendapatkan corak sulaman dari dalam pendrive tersebut. Untuk pengetahuan anda, mesin sulam Brother NV-90E menggunakan slot USB jenis ‘B”. Anda boleh rujuk Wikipedia tentang jenis USB ini.

Mesin ini juga dilengkapi dengan kotak aksesori yang kiut dan mudah diselanggarakan. Kotak ini dilengkapi dengan tempat letak tapak mesin yang dapat memudahkan anda memilih tapak yang dikehendaki dengan cepat dan betul. Jaminan mesin ini adalah selama 1 tahun dari tarih pembelian. Harga bagi mesin jahit sulam NV-950 adalah RM4,299.00. AKAN TETAPI MESIN INI KINI DITAWARKAN PADA HARGA 50% IAITU PADA  HARGA RM2,150.00. LIMITED STOCK ONLY.

Berikut merupakan gambar yang saya ambil untuk rujukan semua. Klik pada gambar untuk besarkan gambar.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 tanpa sebarang attachment.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan meja tambahan yang memang disediakan bersama mesin.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan kotak aksesori yang sangat kiut yang dimuatkan pada mesin untuk tujuan penyimpanan.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dengan kotak aksesori yang telah dibuka. Tapak aksesori yang banyak dan pelbagai lagi aksesori diberi percuma.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 yang telah dipasang attachment sulam.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 yang sedang beroperasi. Ram akan bergerak sendiri, dan anda hanya perju duduk goyang kaki je sambil tunggu sulaman siap.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dan projek sulaman yang telah siap. Walaubagaimanapun, sulaman angry bird ini tidak didatangkan dengan mesin. Anda memerlukan software sulaman Brother iaitu PE-Design NEXT untuk pelbagaikan sulaman anda seperti ini. Sulaman seperti ini boleh anda pelbagaikan lagi dengan idea kreatif anda. Semoga berjaya.

Gambar diatas menunjukkan mesin jahit NV-950 dan hasil jahitan yang sangat memuaskan. Sila klik pada gambar untuk gambar lebih jelas. Tag nama tu memang saya hasilkan dengan mesin jahit ini tanpa software, hanya gunakan gabungan font dan border yang disediakan didalam mesin. Saya boleh ajarkan cara membuat name tag sulam tersebut apabila mesin sulam pelbagai fungsi ni menjadi milik anda.

Anda boleh dapatkan mesin jahit ini di kedai kami. Kami juga akan ajar cara guna mesin secara percuma. Sila hubungi kami di talian 09-2963121 atau terus datang ke kedai kami di Temerloh Pahang.

 

 

47 thoughts on “BROTHER NV-950- PROMOSI DATANG LAGI

  1. salam.syahirah dari teluk intan perak. semalam saya dah tgk website encik. skrg ni saya tengah mencari-cari mesin jahit samada brother atau singer, yang boleh jahit biasa dan sulam, anggaran RM2000., tahan lama.

    1. Wslm wbt. Berita baik untuk saudari. Kami sedang membuat promosi mesin jahit 2012 iaitu mesin jahit sulam Brother NV-950 yang berharga RM3,999.00, saudari boleh dapatkan pada separuh harga iaitu RM1,999.00 bermula 15 Mac 2012 sehingga 15 Mei 2012. Kami juga menyediakan perkhidmatan courier terus ke rumah. Jika berminat, saudari boleh hubungi kami no tel 09-2963121.

      1. Salam….
        harga tu terrmasik kos postage ke? Saya dari Sibu , Sarawak/…?

        1. Wslm wbt. Harga yang disebutkan hanyalah harga mesin sahaja. Untuk penghantaran ke Sibu Sarawak adalah bergantung kepada Citylink Courier. Esok saya conformkan dengan courier jika saudari berminat.

          1. Penghantaran courier terus ke Sibu Sarawak adalah RM171.00.

      2. mesin jahit promosi ni boleh guna utk jahit tepi dan baju kurung ke?

        saya sedang mencari mesin jahit untuk jahit baju melayu dan baju kurung dan boleh jahit tepi…ada cadangan tak?

        1. Mesin Brother NV-950 adalah sangat sesuai untuk membuat baju kurung dan baju melayu. Ini adalah kerana terdapat corak abstrak yang digunakan menggunakan tapak ‘j’ atau tapak ‘n’ sangat sesuai untuk dijahit di bahagian kolar, poket dan lengan baju melayu. Selain itu, corak abstrak ini juga dapat menggantikan jahitan sembat yang kebanyakannya dijahit pada bahagian lengan dan bawah baju kurung. Bukan itu sahaja, mesin ini memang dapat membuat jahitan sembat dengan cepat dan mudah. Untuk jahitan lubang butang, mesin ini dilengkapi dengan tapak lubang butang automatik. Saudari hanya perlu meletakkan butang pada tapak bagi membolehkan mesin mengukur saiz butang, dan dengan satu sentuhan sahaja saudari dapat menjahit lubang butang dengan cepat, kemas dan yang tepat mengikut saiz butang yang diletakkan pada mesin.

          Secara jujur saya beritahu, tiada mesin jahit yang boleh menjahit biasa dan jahitan tepi dalam 1 mesin. Ini adalah kerana jahitan tepi memerlukan sekurang kurangnya 3 benang, tetapi mesin biasa menjahit hanya dengan 2 benang sahaja. Walaubagaimanapun, saudari boleh menggunakan mesin NV-950 untuk menghasilkan jahitan seakan jahitan tepi. Dengan menggunakan tapak ‘g’ yang disediakan, saudari boleh menggunakan corak ke-12 di dalam mesin untuk menjahit jahitan tepi. Saudari perlu memotong bahagian tepi kain dengan cermat dan tidak berbulu kerana tapak ini tidak mempunyai pisau untuk memotong bahagian tepi kain, berbanding dengan mesin jahit tepi seperti Brother 3034D dapat menjahit jahitan tepi dengan lebih cepat dari Brother NV-950 kerana mempunyai 3 benang dan pisau.

          1. wow berminat nanti saya call ek..kalau saya di putrajaya camna penghantara?

          2. Terima kasih kerana berminat dengan mesin kami. Penghantaran ke Putrajaya adalah RM30.00 sahaja.

  2. Salam.. mesin NV950 boleh jahit tepi dan quilt sekali x? saya mencari mesin jahit serbaguna, termasuk jahit tepi. jahit tepi yang biasa pun sy cari walaupun xsecantik mesin jahit tepi..

    1. Waalaikummussalam. Mesin jahit sulam komputermatik Brother NV-950 boleh membuat jahitan quilt. Caranya ialah, saudari cuma perlu memakai tapak sulaman (tapak bertanda ‘Q’), dan terus menjahit quilt seperti biasa.

      Jika saudari tidak kisah kualiti dan kelajuan jahitan tepi, mesin NV-950 ini memang boleh membuat jahitan tepi iaitu secara jahitan tepi zigzag tetapi sangat lambat jika dibandingkan dengan mesin jahit tepi. Saudari perlu menggunakan tapak F015N atau lebih dikenali sebagai tapak ‘G’ yang memang disediakan didalam kotak aksesori mesin ini. Jika perlu penerangan lebih lanjut, saudari boleh hubungi kami di talian 09-2963121 atau terus datang ke kedai kami di Temerloh Pahang.

  3. Salam,
    mesin jahit tepi 3034d takda promotion ke?

    1. Waalaikumusalam. Buat masa sekarang, tiada promosi untuk mesin jahit tepi Brother 3034D.

  4. Saya sedang mencari mesin jahit tepi, kalau dapat yg boleh jahit utk tepi tudung..ada juga melihat brand brother, model tak ingat..boleh sarankan mesin jahit tepi yg sesuai dan harganya skali…bayaran kredit @ tunai ? seluruh malaysia? Sbb saya berada di johor. Terima kasih

    1. Persoalan saudari sama dengan saudari ros sebelum ini. Sila rujuk komen pada bahagian bawah page tersebut.

      Kami menerima bayaran secara tunai, dan juga secara kad kredit. Saudari boleh hubungi kami di talian 09-2963121 untuk pertanyaan lanjut tentang penghantaran dan harga mesin jahit.

  5. Assalam..
    sy nk tanya,antara singer dan brother yg mn lbh elok?ada tak mesin singer yg mmpunyai fungsi yg sama dgn mesin sulam brother NV950 ni(blh jahit sulam dan jahit lurus).kalo ada brape harganya?…terima kasih

    1. Wslm wbt. Kedua-dua brand ada kelebihan dan kekuatan masing masing. Singer mempunyai mesin yang lebih kurang sama dengan mesin Brother NV-950 iaitu model Singer Futura CE-250 yang berharga RM5,695.00. Mesin sulam Singer Futura CE-250 dibekalkan dengan software, dan mesin ini memerlukan komputer atau laptop disambungkan semasa ingin menjahit sulaman kerana mesin ini tiada skrin. Saudari boleh lihat spesifikasi penuh mesin Singer Futura CE-250 dengan klik disini.

  6. saya nk tanya…berapa total rege klu beli mesin nv950e + software sulaman Brother iaitu PE-Design NEXT..tqvm

    1. Harga mesin sulam Brother NV-950 promosi adalah RM1,999.00.
      Harga software sulam brother PE-Design NEXT adalah RM4,999.00. Tiada promosi untuk software buat masa ini. Software sulam brother ini boleh diguna-pakai oleh semua jenis mesin sulam brother termasuk NV-90e, NV-950, NV-750, NV-1500, NV-4000, NV-1, PR-620, PR-650 & PR-1000. Software ini juga mempunyai fungsi LINK yang membolehkan kita menggunakan sehingga 4 jenis mesin sulam Brother dijalankan serentak dengan hanya 1pc 1software.

  7. Apa perbezaan antara mesin NV-950 dengan NV-750E

    1. Terima kasih kerana berminat dengan mesin jahit kami. Berikut merupakan perbezaan antara mesin NV-950 & NV750E.

      1. Jenis mesin.
      -Mesin NV-950 merupakan gabungan 2 jenis mesin iaitu mesin biasa seperti NV-50 dan mesin sulam NV-90E. Oleh itu, mesin NV-950 boleh menjahit biasa seperti menjahit baju, zig-zag, lubang butang, dan mesin ini boleh menjahit sulaman.
      -Mesin NV-750E merupakan mesin sulam sahaja.

      2. Saiz ram.
      -Mesin NV-950 mempunyai ram sulaman bersaiz 100mm x 100mm.
      -Mesin NV-750E mempunyai ram sulaman bersaiz 180mm x 130mm. Saudari boleh menjahit corak yang lebih besar.

      3. Corak sulaman di dalam mesin (Build-in embroidery design).
      -Mesin NV-950 mempunyai 70 corak sulaman. Free 126 corak didalam CD.
      -Mesin NV-750E mempunyai 136 corak sulaman. (Corak free tidak dinyatakan)

      4. Harga.
      -Mesin NV-950 berharga RM3,999.00 (Harga promosi dari 15 Mac 2012 hingga 25 Mei 2012 adalah RM1,999.00)
      -Mesin NV-750E berharga RM4,999.00 (Tiada promosi buat masa sekarang)

      5. Jenis pengguna.
      -Mesin NV-950 adalah sesuai bagi yang mahu mesin jahit pelbagai fungsi, termasuk jahitan biasa, lubang butang dan sulaman.
      -Mesin NV-750E adalah sesuai bagi yang mahu mesin jahit untuk sulaman sahaja kerana mempunyai ram sulaman yang lebih besar dan boleh menjahit corak sulaman yang lebih besar. Cuba bayangkan jika ingin menjahit corak sulaman yang berterusan seperti alas meja yang panjang 1 meter. Mesin NV-950 memerlukan saudari untuk menjahit 10 kali untuk menyiapkan dari mula hingga hujung (dengan ram sulaman 100mm x 100mm), manakala mesin NV-750E boleh menyiapkannya dengan lebih cepat (dengan ram sulaman 180mm x 130mm)

      Diharap saudari berpuas hati dengan penerangan saya ini. Jika masih ada persoalan, sila beritahu kami atau terus hubungi saya di talian 09-2963121 untuk memudahkan perbicangan.

  8. Adakah bole jika saya mahu trade in mesin jahit saya jenama singer (model x igt) dgn harga promosi NV-950 ? Tq

    1. Maaf, buat masa sekarang kami tidak mengambil mesin trade-in.

  9. Salam,
    Tahniah kerana menghasilkan laman yang sangat informatif!

    Saya ingin mengetahui nyatakan perbezaan (kelebihan & kekurangan)

    1. Mesin NV950 & NV50 (jahitan biasa)
    2. Mesin NV950 & NV90E (sulam)

    Saya sedang mempertimbang utk membeli NV50 & NV90E secara berasingan atau cukup dgn 1 mesin NV950.

    Terima kasih.

    1. Waalaikummusalam. Terima kasih. Berikut merupakan perbezaan antara mesin jahit Brother NV-950 dengan mesin jahit Brother NV-50 dan Brother NV-90E.

      Mesin NV950 & NV50 (jahitan biasa).
      1. Mudah guna. Mesin NV-950 mempunyai panel touch screen yang mudah guna. Saudari boleh memilih corak jahitan dengan lebih cepat dengan hanya sentuhan jari. Mesin NV-50 memiliki keypad nombor untuk memilih corak jahitan.
      2. Fungsi potong benang auto. Mesin NV-950 mempunyai fungsi potong benang secara automatik apabila selesai menjahit. Ianya boleh diaktifkan secara manual (dengan menekan butang bergambar gunting pada mesin) atau boleh diaktifkan secara automatik melalui panel screen sentuh. Mesin NV-50 tidak mempunyai fungsi ini.
      3. Font ABC. Mesin NV-950 mempunyai 3 jenis font berbeza untuk digunakan bersama tapak ‘N’. Font ini terdiri daripada font biasa, font condong, dan font border. Mesin NV-50 hanya mempunyai 1 jenis font sahaja.
      4. My custom stitch. Mesin NV-950 mempunyai ‘my custom stitch’ yang membolehkan saudari mereka atau membuat corak zigzag sendiri. Mesin NV-50 hanya boleh menggunakan corak yang disediakan sahaja.
      5. Mesin NV-950 mempunyai fungsi filling. Contohnya, jika saudari ingin menjahit corak scallop dan perlu adjust panjang sedikit, saudari boleh adjust kepada panjang yang dikehendaki tanpa menjejaskan kuaiti jahitan (jahitan scallop tidak jarang). Berbanding dengan mesin NV-50 yang tiada fungsi ini, apabila saudari ingin memanjangkan corak scallop, jahitan yang terhasil adalah scallop yang jarang jahitannya.

      Mesin NV950 & NV90E (sulam)
      Tiada perbezaan besar untuk mesin NV950 & NV90E untuk bahagian sulaman, cuma pada bahagian Slot USB sahaja.
      1. Slot USB. Mesin NV-90E tidak didatangkan dengan slot USB, tetapi saudari boleh direct wire dengan komputer. Oleh itu, jika saudari ingin menjahit corak sendiri yang disimpan didalam komputer, saudari perlu menyambung mesin dengan komputer, atau memasukkan corak tersebut kedalam kad memori. Mesin NV-950 boleh menggunakan pendrive untuk menjahit sulaman. Walaubagaimanapun, mesin NV-950 tiada penyambungan direct dari komputer.

      Pemilihan mesin adalah bergantung kepada kegunaan saudari. Ini adalah kerana NV-950 merupakan gabungan kedua-dua mesin tersebut, dan setiap mesin samaada NV-50, NV-90E, dan NV-950 adalah unik dan mempunyai karekteristik yang tersendiri.

  10. asalam…saya minat dgn nv950….ada corak2 sulaman melayu ke, ke kat mesen tu…maksud saya sulamam untuk d baju kurung….

  11. Salam, saya nk tahu..mesin nie sesuai x untuk bisnes cetakan sulaman pada baju?

    1. Waalaikummusalam. Mesin ini boleh digunakan untuk business cetakan sulaman baju, boleh membuat logo, lencana, tag nama dan lain-lain dengan bantuan Software Pe-design NEXT. Walaubagaimanapun terdapat limitasi untuk mesin ini jika ingin menjahit sulaman secara mass production. Disini saya bandingkan mesin NV-950 dengan mesin sulam PR-650 atau PR-1000 yang memang sesuai untuk mass production.

      1. Kelajuan. Mesin ini boleh menjahit sulaman sehingga 400spm berbanding Mesin Jahit Sulaman Brother PR-650 atau PR-1000 yang boleh menjahit sulaman sehingga 1000spm.

      2. Saiz ram. Mesin NV-950 boleh membuat sulaman bersaiz 100mm x 100mm, manakala Mesin jahit PR-650 atau PR-1000 boleh menjahit sulaman lebih besar sehingga saiz 300mm x 200mm.

      Walaubagaimanapun, terdapat cara untuk mempercepatkan proses sulaman jika menggunakan mesin NV-950.

      1. Warna sulaman. Sulaman dengan hanya 1 warna adalah lebih cepat berbanding dengan corak pelbagai warna.
      2. Ram tambahan. Saudara boleh membeli ram tambahan dengan harga RM72.90 untuk mempercepatkan proses memasang kain pada ram.

      Jika ada sebarang pertanyaan atau soalan, saudara boleh menghubungi kami di talian 09-2963121. Terima kasih.

  12. Salam.
    Saya berminat dengan msein sulam NV950. Boleh tak En. email kan kpd sy contoh-contoh 70 corak sulaman, 6 jenis font, 10 jenis border dan 126 corak sulaman tambahan. saya nak tengok corak sulaman tersebut bersesuaian tak dengan keperluan saya. Saya tinggal di Ipoh, perak. Berapa kos penghantaran?

    1. Corak yang disediakan di dalam mesin memang banyak, dan saudari boleh menambah corak dengan fungsi yang disediakan di dalam mesin. Mesin NV-950 mempunyai ‘my custom stitch’ untuk menambah corak utility, dan juga fungsi USB dan kad sulaman untuk menambah corak sulaman. Sila rujuk penerangan saya dengan klik disini. Penghantaran ke Ipoh perak adalah RM30.00 sahaja.

  13. aslkm, boleh kah saya menggunakan patern yg diambil dari internet dan di muatkan dlm pendrive…..persoalannya bolehkah mesin ini menerima patern dari pendrive itu, atau pun harus menggunakan kad sulaman..tq

    1. Wslm wbt. Mesin ini boleh menerima patern dari internet. Cuma pastikan perkara berikut:
      1. Format patern : .pes
      2. Saiz sulaman : 100mm x 100mm / 4 inci x 4 inci
      Saudara boleh masukkan patern dalam pendrive dan boleh mula menyulam.

      1. bolehkah saya tahu cara nak convertkan sebarang patern kepada format pes2,mungkin ada software tertentu yg boleh dikongsi dgn saya…..puas dh saya mencari tq..

  14. Hye,

    saya berminat dgn mesin jahit nv-950.. tapi promosi dh abis 2bln lps.. harap en. bole advise if the machine on sale..tq

    azizah
    johor..

    1. puan masih berminat dengan mesin jahit nv950? sekiranya berminat sila menghubungi kami di talian 09-2963121 dengan kadar segera. Terima kasih

  15. salam..
    en. ble tolong inform pd sy apa2 promosi utk mesin sulam (smua jenis) by send to my emel. sy nak start bisnes sulam tp nak mula dgn mesin yg mudah n murah. sy bru search dlm google ttg mesin sulam tp dah trlmbt utk promosi yg en offer.. sy hrp dlm masa trdkt ni offer mcm tu still di teruskan..tq

    1. Wslm wbt. Sila rujuk email saudari. Terima kasih.

  16. salam ,dimanakah boleh saya dapatkan PES CONVERTER tu, En.fakrul dh puas sy mencarinya.

  17. mesin jhit ni leh jahit langsir x,

    1. Mesin ini tidak digalakkan untuk menjahit langsir yang tebal2 ataupun sebarang tempahan langsir.

  18. Salam,

    Saya berminat dengan mesin jahit NV950 tersebut namun tempoh promosi telah tamat. Selain itu, saya ingin mendapatkan kepastian, sekiranya saya membeli mesin tersebut adakah khidmat penyelenggaraan atau jaminan turut disertakan. Sekiranya ada, adakah jaminan tersebut boleh diguna pakai di seluruh dunia. Hal ini kerana, buat ketika ini saya menetap di Jerman dan berminat untuk memilikinya. Bolehkah ejekan kepada saya maklumat terperinci berkaitan harga, promosi serta pakej yang terkandung di dalam harga tersebut. Sekian, terima kasih.

    1. Wsalam.. Mesin ini masih pada harga promosi di kedai kami.Sekiranya berminat boleh menghubungi kami dengan kadar segera. Jaminan mesin ini hanya dalam malaysia sahaja tidak cover untuk overseas. Customer sebelum ini ada juga dari Germany akan tetapi beliau minta di poskan ke kl. Selain itu volt mesin ini 240 adakah sama voltage di german?

  19. Assalam…masih ada promosi x? berminat nak beli….TQ

    1. W’salam.. Masih ada promosi di kedai kami walaupun tarikh sebenar telah tamat. Sekiranya berminat sila menghubungi kami terus di talian tetap 09-2963121. TQ.

  20. masih ada promosi x? berminat nak beli….TQ
    Reply ↓

    1. Promosi untuk mesin jahit NV 950 telah tamat tempoh untuk 50%, akan tetapi kedai kami masih menawarkan pada harga rendah iaitu RM 3999.00 berbanding harga sebenarnya ialah Rm4299.00. Sekiranya berminat sila hubungi kami di talian tetap untuk membelinya. Selagi stok masih ada. TQ

  21. […] Mesin jahit sulam komputer Brother NV-950 yang berharga RM3,999.00 kini mendapat potongan harga sebanyak 50% dan dijual dengan harga RM1,999.00 sahaja. Promosi ini bermula dari 15 Mac 2012 sehingga 15 Mei 2012 sahaja. Mesin ini dilengkapi dengan skrin sentuh (touchscreen) untuk memudahkan pemilihan corak sulaman. Semua setting sama ada untuk memilih corak, membesar atau mengecilkan sulaman, boleh dipilih dengan menyentuh skrin sahaja. Mesin sulam ini dilengkapi dengan ram saiz 100mm x 100mm. Mesin ini boleh terus menjahit sulaman secara automatik tanpa perlu pengawasan dari pengguna, dan akan memberi isyarat apabila telah selesai menjahit. Penerangan terperinci berkenaan mesin ini telah saya terangkan sebelum ini. […]

Comments are closed.