This post has been marked as old.

Mesin jahit sulam komputer Brother NV-950 yang berharga RM3,999.00 kini mendapat potongan harga sebanyak 50% dan dijual dengan harga RM1,999.00 sahaja. Promosi ini bermula dari 15 Mac 2012 sehingga 15 Mei 2012 sahaja. Mesin ini dilengkapi dengan skrin sentuh (touchscreen) untuk memudahkan pemilihan corak sulaman. Semua setting sama ada untuk memilih corak, membesar atau mengecilkan sulaman, boleh dipilih dengan menyentuh skrin sahaja. Mesin sulam ini dilengkapi dengan ram saiz 100mm x 100mm. Mesin ini boleh terus menjahit sulaman secara automatik tanpa perlu pengawasan dari pengguna, dan akan memberi isyarat apabila telah selesai menjahit. Penerangan terperinci berkenaan mesin ini telah saya terangkan sebelum ini.

Oleh itu, jangan berlengah lagi. Marilah beramai-ramai ke kedai kami di alamat Baisuddin Bin Ramly Mesin Jahit Temerloh, B-6, Gerai MPT, Lurah Semantan, 28000 Temerloh Pahang Darul Makmur atau anda boleh terus menghubungi kami di talian 09-2963121.

39 thoughts on “Promosi Mesin Jahit Sulam 2012

    • Fakrul says:

      Wslm wbt. Kami boleh arrange kan perkhidmatan courier citylink terus ke rumah saudari. Cas courier RM30.00. Sila hubungi 09-2963121 atau emailkan detail ke baisuddin[at]mesinjahit.my.

  1. Maznah says:

    Assalam,

    Adakah mesin ini sesuai untuk menjahit langsir dan boleh digunakan untuk menjahit tepi atau tidak?

    • Fakrul says:

      Waalaikummusalam. Mesin NV-950 boleh digunakan untuk menjahit langsir. Anda cuma perlu menukar kepada jarum kasar seperti jarum No-14 (jarum bertanda merah yg diberi bersama mesin) atau jarum No-16 untuk langsir yang lebih tebal. Walaubagaimanapun, jikalau saudari mengambil upah untuk menjahit langsir, saudari digalakkan mengambil mesin jahit industri kerana mesin jahit industri lebih laju dan cepat dari mesin NV-950.

      Mesin NV-950 boleh digunakan untuk membuat jahitan tepi, saudari hanya perlu memakai tapak bertanda ‘G’ dan memilih corak yang sesuai. Jika dibandingkan dengan mesin jahit tepi, mesin jahit tepi menjahit lebih laju daripada mesin ini kerana mesin jahit tepi menggunakan 3 benang untuk menjahit. Saudari boleh menggunakan mesin NV-950 untuk menjahit baju sendiri.

  2. maznah says:

    Jika begitu apakah jenis mesin jahit yg sesuai sekiranya saya ingin mengambil upah menjahit langsir?brp kos yg perlu dibyr utk mesin yg tuan sarankan?

    • Fakrul says:

      Buat masa sekarang, tiada promosi untuk mesin Brother NV-50. Harga bagi Brother NV-50 RM1,499.00. Adalah lebih baik saudari ambil mesin Brother NV-950 dengan harga promosi RM1,999.00, kerana semua fungsi yang ada dalam mesin NV-50 ada didalam mesin NV-950 dan mesin NV-950 boleh buat sulaman.

  3. Shuhada says:

    Berapa kos pos ke shah alam? n encik terima payment by credit card? atau ada offer any installment plan? tq

    • Fakrul says:

      Kos penghantaran mesin jahit Brother NV-950 ke Shah Alam adalah RM30.00 sahaja. Kami menerima pembayaran melalui Kad Kredit. Buat masa sekarang tiada installment plan. Sebarang pertanyaan lanjut saudari boleh hubungi kami di talian 09-2963121. Terima kasih.

    • Fakrul says:

      W’salam. Kami ada membuat perkhidmatan courier kemana sahaja yang diminta pelanggan. Untuk mesin promosi ini kami tidak membuat sebarang ansuran, semuanya adalah fullpayment. Caj perkhidmatan courier adalah RM 30.00 ke seluruh semenanjung Malaysia (Citylink Courier). Jika berminat sila hubungi kami di talian 09-2963121. TQ.

  4. Roha says:

    Assalammualaikum wbt.

    En, saya berminat dengan mesin ini. Sepatutnya minggu lepas saya ke kedai encik untuk membuat tempahan dan deposit tapi terdapat aral yang tidak dapat dielakkan. Saya berniat untuk membeli mesin ini secara cash pada hujung bulan ini. Bolehkah encik reserve sebuah untuk saya. Mungkin saya akan ke kedai encik pada 28 April atau selewat-lewatnya pada awal Mei.

    Thanks

    • Fakrul says:

      Terima kasih berminat dengan mesin jahit promosi kami. Saudari boleh emailkan nama dan no tel ke alamat email kami di ‘baisuddin[at]mesinjahit.my’. Insyaallah kami akan menghubungi saudari secepat mungkin untuk memudahkan proses reserve mesin saudari.

    • Fakrul says:

      Mesin Brother NV-950 adalah tidak sama dengan mesin Janome MC300E. Mesin NV-950 merupakan mesin dwi-fungsi yang boleh jahit biasa seperti jahit lurus, zigzag, corak dan juga lubang butang disamping boleh juga menjahit sulaman menggunakan ram yang disediakan. Mesin Janome MC300E merupakan mesin untuk menjahit sulaman sahaja.

  5. SITI KHADIZAH says:

    Salam, saya brada di sarawak…saya berminat untuk membeli mesin jahit sulaman….berapa kos penghantaran ke sarawak?

    • Fakrul says:

      Waalaikumusalam. Terima kasih kerana berminat dengan mesin Brother NV-950 kami. Sila email alamat saudari ke email ‘baisuddin[at]mesinjahit.my’ untuk memudahkan kami mengira kos penghantaran ke Sarawak.

    • Fakrul says:

      Sila emailkan alamat saudara/i ke alamat email kami untuk memudahkan kami mengira kos courier. Terima kasih.

  6. SITI KHADIZAH says:

    salam,
    dimanakah saya hendak mendapatkan servis jika berlaku kerosakan ke atas mesin jahit sulam BROTHER NV-950 di sekitar sarawak?

  7. diana says:

    hai saya amat berminat dgn mesin berkenaan? saya dari bintulu sarawak. berapa kos penghantaran ke bintulu sarawak. masih ada promosi lagi tak sekarang ni brother NV950

    • Eiziani Shafeei says:

      Hai sekiranya betul2 berminat kita masih ada stok pada harga promosi. Kos penghantaran ke bintulu agak mahal sedikit mengikut berat mesin jahit. Anggaran kos courier adalah RM171.00

  8. Miza says:

    Mesin jahit sulam komputer Brother NV-950 masih ada offer lagi ke? saya brcadang nak beli ~ bulan dpan. Rumah kat area bukit beruntung..

    • Eiziani Shafeei says:

      Sekiranya berminat sila menghubungi kami di talian 09-2963121 dengan kadar segera sementara stok masih ada. TQ.

  9. Suzana says:

    Assalamualaikum..
    En.Baisudin..,ada lagi tak promosi utk mesin jahit jenis ini..
    (Mesin jahit sulam komputer Brother NV-950 yang berharga RM3,999.00 kini mendapat potongan harga sebanyak 50% dan dijual dengan harga RM1,999.00 ).
    Jika ada mcmana saya ingin membelinya..
    terima kasih Encik..

    • Eiziani Shafeei says:

      W’salam… di kedai kami masih lagi menjual mesin NV-950 pada harga promosi wpun tempohnya telah tamat tempoh. Stok terhad, sekiranya berminat sila menghubungi kami dengan segera di talian tetap 09-2963121/09-2960121.

  10. Nor Harwati says:

    Assalamualaikum..saya berminat untuk membeli mesin NV950, kalau saya buat pembayaran secara online minggu hadapan bilakah saya boleh dapat mesin tersebut, bolehkan pihak tuan berikan maklumat secara terperinci kepada saya.

    • Eiziani Shafeei says:

      W’salam, sekiranya puan berminat boleh menghubungi saya ditalian tetap 09-2963121 ataupun 019-4377106. Apabila pembayaran dibuat secara online pihak kami akan menguruskan penghantaran serta merta pada hari pembayaran dibuat.

  11. emelda says:

    En.Baisudin..,ada lagi tak promosi utk mesin jahit jenis ini..
    (Mesin jahit sulam komputer Brother NV-950 yang berharga RM3,999.00 kini mendapat potongan harga sebanyak 50% dan dijual dengan harga RM1,999.00 ).
    Jika ada mcmana saya ingin membelinya..

    • Eiziani Shafeei says:

      Promosi untuk mesin jahit NV 950 telah tamat tempoh untuk 50%, akan tetapi kedai kami masih menawarkan pada harga rendah iaitu RM 3999.00 berbanding harga sebenarnya ialah Rm4299.00. Sekiranya berminat sila hubungi kami di talian tetap untuk membelinya. Selagi stok masih ada. TQ

Comments are closed.