Sempena menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri 2011, Brother International Malaysia mengadakan promosi mesin jahit. Promosi ini berlangsung dari 20 Julai 2011 sehingga 20 September 2011 dan boleh didapati di semua kedai Brother di seluruh Malaysia dan kami juga tidak ketinggalan untuk menyertai promosi ini.

Mesin jahit sulaman komputer Brother NV-90E yang berharga RM2,999.00 kini mendapat potongan harga sebanyak 50% dan dijual dengan harga RM1,499.00 sahaja. Mesin ini dilengkapi dengan skrin sentuh (touchscreen) untuk memudahkan pemilihan corak sulaman. Semua setting sama ada untuk memilih corak, membesar atau mengecilkan sulaman, boleh dipilih dengan menyentuh skrin sahaja, sungguh mudah. Mesin sulam ini dilengkapi dengan ram saiz 100mm x 100mm. Cara menggunakan mesin juga amat mudah. Pertama, pilih corak sulaman yang dikehendaki. Kedua, masukkan kain ke dalam ram. Akhir sekali, tekan butang mula (start). Mesin ini akan terus menjahit secara automatik tanpa perlu pengawasan dari pengguna dan akan memberi isyarat apabila telah selesai menjahit.

Mesin jahit serbaguna Brother NV-10 juga tidak kurang hebatnya. Mesin ini dilengkapi dengan sistem elektronik memudahkan pengguna untuk memilih corak dan menggunakan mesin. Mesin ini amat sesuai untuk mereka yang baru mengenal mesin jahit dan juga untuk tukan jahit profesional. Selain daripada jahitan lurus, mesin ini dilengkapi sehingga 16 corak jahitan termasuk 3 bentuk jahitan lubang butang yang beroperasi secara automatik. Dengan dilengkapi dengan butang start/stop, mesin ini boleh beroperasi tanpa menggunakan pedal kaki (foot controller). Dengan pembelian sepanjang promosi ini, anda mendapat penjimatan sebanyak RM200.00 iaitu dari harga asal RM1,099.00 kepada harga promosi RM899.00.

Oleh itu, jangan berlengah lagi. Marilah beramai-ramai ke kedai kami di alamat Baisuddin Bin Ramly Mesin Jahit Temerloh, B-6, Gerai MPT, Lurah Semantan, 28000 Temerloh Pahang Darul Makmur atau anda boleh terus menghubungi kami di talian 09-2963121.

20 thoughts on “Promosi Merdeka Raya Mesin Jahit Brother

  1. Fakrul says:

    Harga NV-30 adalah sama dengan harga asal iaitu RM1,299.00. Mesin ini tiada promosi buat masa sekarang dan harga telah ditetapkan oleh Brother International Malaysia. Terima kasih.

  2. habesah bt. Ab Latif says:

    Bagaimana untuk saya utk membeli mesin jahit promosi Hari Merdeka.
    Saya tinggal di Kuantan Pahang

    • Fakrul says:

      Promosi Merdeka Raya tinggal 4 hari lagi. Puan boleh hubungi kedai kami di no tel 09-2963121 atau HP 019-9190222 untuk memudahkan kami berbincang dengan puan. Terima kasih.

      • habesah bt. Ab Latif says:

        salam, saya dah beli mesin jahit sulam , tapi memory card tiada, bagaimana nak dapatkan, dan jika kita buat bunga rekaan sendiri bolehkah?

        • Fakrul says:

          Memory card atau lebih dikenali sebagai Embroidery card memang boleh dibeli sebagai optional. Bunga rekaan sendiri boleh dihasilkan dengan menggunakan software PE-Design 8 atau PE-Design NEXT yang dikeluarkan oleh Brother. Sila rujuk website Brother International untuk rujukan.

          • habesah bt. Ab Latif says:

            Terima Kasih dengan respond yang diberi. Saya rasa nak jumpa you di Temerloh, minta tunjuk ajar. Bolekah?. anak saya ada bekerja di Temerloh.

    • habesah bt. Ab Latif says:

      Salam, saya ingin tahu berapa harga “Optional accessories”
      ATAU boleh tak beli peralatan berasingan..seperti Memory card , Embroidery set (large) H 17 cm × W 10 cm(H 6-7/10 inches × W 4
      inches) atau Water soluble stabilizer.
      Harap dapat maklumat,
      Sekian Terima Kasih.

  3. RINA says:

    Saya nak tanya harga konwa kw-122 dan kw-124. setiap item saya memerlukan 2 unit. bagaimana cara untuk saya membuat pembayaran dan mendapat barang. terima kasih

    • Fakrul says:

      Terima kasih kerana berminat dengan barangan kami. Anda bolehlah menghubungi kami di talian 09-2963121 untuk memudahkan urusan perbincangan harga dan courier barang.

    • Fakrul says:

      Buat masa sekarang, tiada promosi untuk Mesin Jahit Sulam NV-90E. Sila masuk ke website kami dari masa-kesemasa untuk mengetahui promosi terbaru. Terima kasih kerana menghubungi kami.

    • Eiziani Shafeei says:

      Promotion untuk NV10 sudah tamat tempoh. Akan tetapi kita masih ada stok utk mesin promosi NV950.

    • Eiziani Shafeei says:

      Mesin NV950 masih ada promosi yang kami tawarkan sekiranya berminat sila menghubungi kami dgn kadar segera. 09-2963121 tQ.

    • Eiziani Shafeei says:

      Promosi raya : mesin jahit NV 950 masih lagi ada stok pada harga diskaun. Sekiranya berminat sila hubungi kami di talian tetap 09-2963121 tQ.

Comments are closed.