Kain felt amat sesuai untuk digubah dan dijadikan aksesori yang comel dan menarik. Aksesori felt ini amat diminati oleh kanak-kanak dan golongan pelajar. Kali ini saya ingin memperkenalkan set Projek DIY Felt yang mudah dan murah. Inilah contoh Lovely Keychain yang dah siap dijahit. Cantik dan menarik.
Cara menjahit dan membuatnya telah siap ditulis didalam kertas instruction, dan kain felt bentuk Love yang telah siap dipotong. Anda hanya perlu menyediakan benang dan jarum, dan mengikut arahan yang disediakan. Mudah, senang dan ringkas. Anda juga boleh menambah aksesori lain seperti butang dan keychain untuk kelihatan lebih menarik. Inilah bungkusan set Projek DIY Felt yang terdapat dalam pelbagai warna mengikut kesukaan anda.Sila hubungi kami untuk tempahan set Belajar Menjahit Felt atau terus datang ke kedai kami di Temerloh Pahang. Harganya murah sahaja, RM3.50 untuk 1set.
*butang, benang dan keychain dijual berasingan
Hai!, macammana saya beli pruduk DIY nie?.
Saudari boleh dapatkan dari kami samaada melalui pos atau datang sendiri ke Temerloh Pahang. Jika melalui pos, saudari perlu email butiran lengkap ke email kami.