Assalamualaikum. Sebelum kita mulakan kelas tutorial kita, bolehlah mulakan dengan ‘Doa Penerang Hati’ dan bacaan Bismillah. Semoga ilmu yang dikongsi ini bermanfaat kepada semua.
Mesin yang saya gunakan adalah Mesin Sulam Brother NV-950E. Attachment sulaman tidak perlu dipasang sebab kita hanya buat jahitan utiliti.
Pertama sekali, kita perlu pilih corak untuk membuat ‘jahitan ditepi’ ni. Macam mana nak pilih corak? Senang je, tekan kat LED Touchscreen je. Nak tekan pun kena betul juga ye. Saya ajar dari basic, mungkin ada yang masih belajar. Tekan anak panah kanan, yang saya dah tanda nombor [1] kat gambar dibawah. Apabila tekan anak panah, nombor jahitan yang saya tanda sebagai [2] tidak berubah, kena tekan corak baru nombor ni berubah.
Sekarang pilih corak yang ke [12/67], yang bermaksud corak yang ke 12 daripada 67 corak, yang saya tanda nombor [2]. Apabila dah pilih corak ni, mesin akan beritahu kasut yang perlu digunakan iaitu tapak ‘G’ yang saya tanda nombor [1].
Dah tahu corak, dah tahu kasut yang perlu digunakan. Boleh tukar kepada kasut ‘G’. Nak kenal kasut ‘G’ ni senang je, pada kasut ada tertulis huruf ‘G’ macam dalam gambar dibawah. Pasangkan dengan betul supaya tak patah jarum nanti.
Ok, seterusnya boleh letakkan kain pada kasut ‘G’ sama macam gambar dibawah. Perhatikan kain yang diletakkan adalah separuh daripada kasut ‘G’ dan pada bahagian kanan tu gunanya untuk tahan kain, supaya jahitan kemas dan lurus.
Bolehlah terus menjahit. Kelajuan menjahit yang dicadangkan adalah kelajuan sederhana.
Kain yang saya gunakan adalah jenis felt. Ada juga yang tertanya-tanya, kenapa la tutorial fakrul ni asyik menggunakan kain jenis felt je? Kain jenis lain takde ke? Ha, ni malu nak jawab ni. Tak sempat nak cari kain jenis lain, just ambil kain yang ada jual kat kedai ni je.
Ada lagi satu jenis jahitan ditepi, yang ni rapat sedikit. Coraknya bernombor [13/67].
Sebagai perbandingan, saya sertakan gambar ni. Nombor [1] adalah jahitan pertama tadi, corak nombor [12/67]. Nombor [2] adalah jahitan kedua, corak nombor [13/67].
Disini saya nak highlightkan beberapa perkara:
- Pastikan anda telah potong bahagian tepi kain yang berbulu supaya jahitan kemas. Kasut ‘G’ ni tiada pemotong yang boleh memotong lebihan kain.
- Apabila menjahit, pastikan kelajuan yang digunakan adalah sederhana dan bukan kelajuan maksimum.
- Jangan ubah setting jahitan terutamanya lebar jahitan, bagi mengelakkan jarum patah. Jika diteliti pada kasut ‘G’ ada bahagian lubang jarum terdapat bar kecil. Jika kurangkan lebar jahitan, mungkin jarum akan terkena pada bahagian bar ni, dan mungkin jarum patah dan bar tersebut luka (jahitan akan sangkut kalau bar tersebut luka). Kalau perlu ubah juga, pusingkan tuil secara manual supaya jarum turun perlahan-lahan dan tidak menyentuh bar.
Alhamdulillah. Selesai sudah bahagian 1. Bahagian kedua nanti saya akan ajar guna tapak tambahan ‘S’ pula. Tapak ni siap boleh potong bahagian tepi kain. Semoga bermanfaat.