Assalamualaikum. Bertemu lagi dalam kelas tutorial online. Kita mulakan kelas dengan Doa Penerang Hati dan bacaan Bismillah. Ha, dah upgrade kepada kelas tutorial online tau. Korang mesti suka. Saya cuba sampaikan ilmu seringkas dan sejelas yang mungkin. Kalau masih tak faham, boleh komen ye.
Sebelum memulakan tutorial bahagian kedua, dah cuba ilmu yang saya ajar pada bahagian satu? Kalau dah cuba Alhamdulillah. Ilmu kalau diamalkan, akan berkat, insyaallah. Kalau belum, elok baca dahulu supaya dapat gambaran untuk langkah yang seterusnya.
Sebagai peringatan tambahan, dan saya perlu ingatkan awal-awal supaya tiada yang tercedera nanti.
- Sila matikan dan OFFkan mesin jahit sebelum memasang atau menanggalkan kasut.
- Sila berhati-hati dengan kasut ‘S’ kerana mempunyai komponen pisau yang tajam.
- Apabila menjahit menggunakan kasut ‘S’, pastikan hanya menggunakan kelajuan sederhana.
Kalau sapa dah baca buku manual NV900 atau NV950E, dia ada sebut pasal kasut tambahan ‘S’. Perkataan ‘tambahan’ ni saya alih bahasa direct ke bahasa melayu untuk perkataan ‘additional’, yang dalam bahasa mudahnya dan bahasa pasarnya bermaksud ‘kasut ni, kalau nak, kena beli sebab tidak disertakan dengan mesin’. Mesin Brother ada banyak kasut tambahan yang disediakan, termasuklah kasut ‘S’ ni.
Ni gambar kasut ‘S’ yang saya ada, original dari Brother International Malaysia. Packing dia memang macam ni, cantik kemas dan elegan. Siap dengan kertas manual. Pada bahagian depan kasut ni, ada tertera huruf ‘S’.
Cara nak pasang kasut ‘S’ ni senang je, sama macam pasang kasut G. Cuma ada bahagian macam sepit ketam tu kena masuk kat skru pengikat jarum.
Untuk pilihan corak pada mesin pula, senang je nak cari. Apabila ON kan mesin, touch logo Brother, lepas tu boleh tekan anak panah kiri sebanyak dua kali. Boleh pilih corak paling kanan bernombor [66/67]. Corak ni memang suruh guna kasut ‘S’.
Cara masukkan kain pula macam ni. Pertama sekali kena belah atau potong kain macam saya buat dalam gambar kat bawah ni. Potong guna gunting je. Potong sedikit je, lebih kurang 1 inci.
Lepas tu masukkan kain sampai bahagian jarum macam gambar ni, dan boleh terus menjahit. Pisau yang ada pada kasut ‘S’ ni akan potong kain yang seterusnya. Oops, benang saya tak pasang lagi. Ni peringatan kepada semua dan diri saya sendiri, kalau dah pasang kasut ‘S’ ni, tak boleh nak masukkan benang guna alat masukkan benang automatik tu. Sebabnya alat tu akan sangkut pada kasut ‘S’ yang besar ni. Jadi, saya masukkan secara manual je, atau kena cabut dahulu kasut ‘S’ untuk guna alat automatik tu.
Inilah hasilnya, kain yang lebih akan siap dipotong. Jahitannya sama macam guna kasut ‘G’.
Jika nak jahitan yang lebih rapat, boleh pilih corak nombor [67/67]. Coraknya saya tanda nombor [2], yang nombor [1] tu yang corak mula-mula tadi.
Sekian sahaja kelas tutorial online kita. Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menuntut ilmu dengan saya. Saya halalkan ilmu saya ini, dan doakan semua student saya boleh membuat side-income dengan ilmu yang saya ajarkan ini. Jika tutorial ni bermanfaat, bolehlah share kepada kawan-kawan dan sahabat ye.
Kepada sesiapa nak order kasut S ni, kena tempah dulu ye sebab kasut ni saya dah habis stok. Tinggal 1 ni je buat masa ni. Boleh terus call direct ke nombor 09-2963121 dan bercakap dengan Puan Eiziani. Terima kasih.