Posted on

Brother Bobbin Work – Lebih idea lebih kreatif

Brother bobbin work merupakan aksesori tambahan yang baru diperkenalkan oleh Brother. Aksesori ini khas untuk mesin Brother NV-10, NV-30, NV-50, NV-900, NV-950, dan juga NV-4000. Dengan adanya aksesori tambahan Bobbinwork ini, kita dapat menjahit corak abstrak dengan lebih kreatif dengan material seperti reben, atau benang yang kasar. Dan hasilnya adalah seperti gambar diatas. Mari kita lihat apa yang ada didalam kotak aksesori ini. Ibu sekoci (bobbin case), penutup sekoci (bobbin plastic cover), dvd manual dan juga skru driver.

Cara pemasangan Bobbinwork ini adalah sangat mudah. Caranya adalah dengan membuka penutup bobbincase (bahagian plastik) yang terletak di sebelah needleplate. Hanya tarik kebawah sahaja tanpa perlu membuka skru. Keluarkan bobbincase asal dan menggantikan dengan bobbincase yang disediakan khas untuk bobbin work. Tutup semula penutup bobbincase dengan kemas. Jangan lupa pasangkan penutup bobbin baru yang disediakan.

Cara menggunakan alatan ini dalah sangat mudah. Pertama sekali anda perlulah mengisi bobbin dengan benang quilting, atau benang kasar atau reben mengikut kesesuaian anda. Selepas itu, masukkan kedalam bobbincase. Hujung benang dikeluarkan dari penutup bobin. Anda perlulah mengubah ketegangan benang. NV-10, 30 & 50 perlu ubah kepada no 8, manakala nv 900 & nv4000 perlu ubah kepada no7 sahaja. Kain atau fabrik pula perlu dijahit secara terbalik (upsite-down). Untuk hasil yang lebih memuaskan, anda bolehlah memasang benang atas sama seperti warna fabrik anda. Corak jahitan terpulang pada kreativiti anda. Sebagai latihan, anda bolehlah print gambar atau corak yang disediakan didalam DVD. Letakkan corak diatas fabrik, dan menjahit mengikut corak tersebut. Biasanya anda perlu menggunakan jahitan lurus atau zigzag dangan jarak jahitan yang paling jarang. Saya menggunakan jahitan zigzag dengan jarak no4. Anda bolehlah menggunakan Bobbinwork ini untuk menghasilkan corak diatas sarung bantal kecil, alas meja atau beg.

Anda bolehlah mendapatkan Bobbinwork ini di kedai kami dengan harga yang berpatutan. Kami juga menyediakan perkhidmatan courier. Untuk menempah, anda boleh hubungi kami di talian 09-2963121 atau alamat lengkap kami di Baisuddin Mesin Jahit Temerloh.

8 thoughts on “Brother Bobbin Work – Lebih idea lebih kreatif

  1. kalau guna mesin lain boleh tak buat bobbin work ni? tq!

    1. Boleh terangkan jenis mesin yang saudari maksudkan? Jenis mesin yang sesuai adalah model seperti yang saya terangkan diatas.

  2. kalau mesin jahit singer 6180 boleh buat bobbinwork tak?

    1. Maaf, buat masa sekarang Singer tiada aksesori untuk Bobbinwork. Hanya mesin jahit Brother yang disebutkan sahaja yang boleh buat bobbinwork menggunakan aksesori ini.

  3. nak tnya ada x jual tapak jht tp utk msin brother n blonder..

    1. Saudari ingin mencari tapak jahit tepi? Sudari tidak nyatakan model mesin, tetapi kami mempunyai tapak jahit tepi untuk mesin Brother 3034D & Brother 4234D. Untuk mesin blonde, saudari perlu nyatakan model mesin tersebut.

  4. berapa harga 1set Bobbinwork ni? boleh tunjuk apa lagi yg boleh di hasilkan dengan Bobbinwork ini

    1. 1 Set Bobbinwork adalah RM199.00 .

Comments are closed.